Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013

Masih lagi dalam mode angan-angan mau menjadi usahawan ... cewah!  Jadi kami dua si gaman cuba memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang tersaji di depan.  Sementara menanti program lanjutan daripada 1Met, kami turut meninjau-ninjau kursus perniagaan yang mungkin sesuai untuk kami sertai.

Photo credit to Pkbs Sarawak
Terkini, Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 yang diadakan pada kelmarin, Khamis (7 Nov 2013).  Tapi cuma saya seorang saja yang dapat pergi sebab si gaman kerja.  Pendapat peribadi saya, pengisian program pada hari tersebut memang WOW!.  Memang Wow! sebab saya tidak balik dengan hanya membawa sijil tapi penuh informasi berguna di tangan dan kepala.

Kursus sehari yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama beberapa agensi.

Program pada hari tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perancangan Sumber Sarawak.  Antara pengisian pada hari tersebut:
  1. Keperluan pendaftaran dan faedah mendaftarkan perniagaan.
  2. Pengurusan kewangan dan aliran tunai.
  3. Ke arah pemantapan bisnes yang mampan.
  4. Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil.
  5. Ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya.
  6. Dialog mengenai peluang dan pembangunan penjaja dan peniaga kecil.
  7. Pameran/Kaunter Khidmat Nasihat oleh agensi terlibat yang dibuka dari 8am - 5pm.
Tiga sesi paling saya gemari ialah, Pengurusan kewangan dan aliran tunai, Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil, dan Ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya.  Dalam sesi ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya yang dikendalikan oleh Prof.Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah, beliau banyak mengupas rahsia di sebalik kejayaan usahawan tempatan Awang Habiburllah Awang Ismal, Pengarah HMN Nadhir Sdn Bhd.

Menurut Awang Habiburllah, untuk berjaya kita perlu mencipta peluang dan bukannya hanya menunggu peluang.  Perasaan malu juga perlu dikikis jika ingin berjaya.  Selain itu, untuk menjadi usahawan berjaya juga, kita perlu meneroka lebih banyak bidang dan tidak hanya bergantung dengan satu bidang sahaja.

Staff agensi-angensi yang terlibat di Kaunter Khidmat Nasihat juga sangat membantu ... Yang penting peserta perlu rajin bertanya saja.  Bah, setakat ini perkongsian hari ini.  Sehingga bertemu pada entri akan datang.

1MET Bootcamp 2013 @Kota Samarahan, Sarawak

Pada 21 September lepas, saya dan si gaman berpeluang menghadiri 1MET Bootcamp yang diadakan di Bangunan INTAN, Kota Samarahan.  1 Malaysia Entrepreneur (1MET) Bootcamp ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam memberi inspirasi, menggalak dan memupuk usahawan generasi muda mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.  Pada bootcamp tersebut, para peserta didedahkan dengan konsep asas keusahawanan.  

1MET Kota Samarahan Sesi 1 (8am - 1pm)

Sesi pendaftaran & bergambar
Difahamkan, program 1MET ini merupakan yang pertama dan direka untuk membangun usahawan tempatan yang berwibawa.  1MET Bootcamp 2013 ini diadakan di enam lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang yang melibatkan lebih 6,000 peserta sebagai batch pertama.

Sarapan pagi
Menerusi program setengah hari tersebut juga, peserta akan mendapat akses untuk menyertai acara sampingan pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October.

Antara peserta bootcamp sesi 1, 8am - 1pm
Bagaimanapun untuk dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak, hanya 200 peserta bertuah masing-masing daripada kedua-dua negeri akan dipilih untuk menyertai acara sampingan tersebut.  Kos pengangkutan termasuk penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MOF.

Mendengar ceramah
Bagi yang tidak bertuah mendapat "golden parachute" tersebut, difahamkan anda masih boleh menyertai acara tersebut dengan tanggungan sendiri.  Rasanya tidak rugi untuk mengejar peluang ini biarpun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga .... sebab mereka yang menyertai bootcamp dan acara sampingan tersebut akan dipantau bagi membolehkan mereka mendapat bantuan lanjutan daripada kerajaan.

Beratur untuk menulis tag nama
Sebenarnya timbul juga perasaan 'down' bila mendengar hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih.  Tapi kami masih ingat satu perkara yang ditekan pada bootcamp tersebut ... usahawan adalah seorang yang mengejar peluang.  Jadi, setiap peluang itu perlu dikejar ... dapat atau tidak itu belakang kira, yang penting mencuba sebelum gagal.

Sesi perbincangan berkumpulan
Wah ... wah ... semangat mau jadi usahawan pula ^_^ Ok la sehingga berjumpa pada entri akan datang.  Selamat berhujung minggu.  Sekali lagi terima kasih kepada photographer yang mengambil gambar-gambar menarik ni, ada juga terselit muka kami dua si gaman.

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan