Kami Pengedar Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit

Lagi cerita pasal Bisnes.  Sejak menyertai 1Met ... asyik cerita pasal bisnes saja.  Kalau Tegar dalam lagunya "cita-citaku menjadi orang kaya", kami dua si gaman pula bercita-cita menjadi usahawan ... cewah.   Bah, tiada yang mustahil selagi berusaha.  "Agi idup agi ngalaban" ... kata orang Iban.  Kalau orang Sabah cakap ... "Buli bah kalu ko".

Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Sekarang, kami telah menjadi pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit bagi kawasan Kota Samarahan.  Kami terjumpa maklumat mengenai produk ni pun daripada 1Met group di FB.  Pada mulanya, selepas membaca testimoni pengguna produk keluaran Tyzo Sdn Bhd, kami cuma membeli produk ini untuk diberikan kepada mama saya yang menghidap diabetis 

Testimoni pesakit kencing manis
Kemudian si gaman mencadangkan supaya kami menjadi pengedar, memandangkan kami datang daripada keluarga yang menghidap diabetis dan hipertensi.  Boleh guna sendiri dan boleh perkenalkan kepada keluarga katanya.  Jadi si gaman keluarkan modal ... saya pula menjadi pengedar, maklum la bab-bab FB, Blog, Twitter ni memang saya yang pakar berbanding si gaman.  

Testimoni pesakit darah tinggi
Ok la, sebelum menamatkan entri pada hari ini ... saya mahu mengulang kembali kata-kata usahawan tempatan, Awang Habiburllah Awang Ismal, Pengarah HMN Nadhir Sdn Bhd pada Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 yang saya hadiri pada Khamis lepas.   

Beliau berkata, untuk berjaya kita perlu mencipta peluang dan bukannya hanya menunggu peluang.  Perasaan malu juga perlu dikikis jika ingin berjaya.  Selain itu, untuk menjadi usahawan berjaya juga, kita perlu meneroka lebih banyak bidang dan tidak hanya bergantung dengan satu bidang sahaja.

Bah, sehingga berjumpa pada entri akan datang yang akan bercerita lebih lanjut mengenai setiap produk keluaran Tyzo Buah Tunjuk Langit.  Selamat berhujung minggu.

Ya, Kami Terpilih Ke Pelancaran 1MET

Kebelakangan ni kami dua si gaman tersangat sibuk.  Si gaman sibuk dengan kerjanya ... saya pula sibuk menyiapkan tempahan krusye yang berderet-deret.  Jadi, bila ada rakan blogger komen pada entri lepas bertanyakan sama ada kami terpilih ke pelancaran Program Keusahawanan 1 Malaysia (1MET) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October lepas, baru teringat untuk 'update' pengalaman kami di sana.

Bergambar berlatar-belakangkan kira-kira 5K peserta yang terpilih
Ya, kami berdua telah terpilih ke pelancaran 1MET dan kami semua merupakan kumpulan pertama.  1MET merupakan acara sampingan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013 (GES 2013).  

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry
Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  Turut serta dalam pelancaran tersebut, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang mewakili Presiden US, Barack Obama yang membatalkan lawatannya.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Sementara itu, dalam sesi soal jawab bersama peserta, PM memaklumkan bahawa akan ada satu insentif khas untuk para peserta 1MET dan perkara tersebut akan diumumkan pada Pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.  Yes! tidak sabar mau tahu apa insentif yang bakal diberikan kepada kami semua yang hadir pada hari tersebut.

Norman KRU berkongsi pengalaman
Suasana program pada hari tersebut sangat santai, bersesuaian dengan jiwa golongan belia.  Paling gamat apabila Norman KRU muncul ... siapa tidak kenal dengan dia kan.  Pada hari tersebut, Norman berkongsi pengalaman dan tip-tip keusahawanan.

Antara panel pada program tersebut
Gambar di atas ni pula merupakan antara panel yang turut sama berkongsi rahsia kejayaan mereka sebagai usahawan pada usia muda.  Wow! masa tu sudah masuk pelbagai angan-angan mat jenin di kepala saya.  

Posing bersama EJ Carrion
Selesai program, sempat juga kami bergambar dengan EJ Carrion.  Beliau menjadi moderator pada program tersebut.  Siapa yang tidak kenal dengan EJ Carrion ... boleh goooooogle ^_^  Ok la, setakat ini sahaja.  Jumpa pada entri akan datang.

1MET Bootcamp 2013 @Kota Samarahan, Sarawak

Pada 21 September lepas, saya dan si gaman berpeluang menghadiri 1MET Bootcamp yang diadakan di Bangunan INTAN, Kota Samarahan.  1 Malaysia Entrepreneur (1MET) Bootcamp ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam memberi inspirasi, menggalak dan memupuk usahawan generasi muda mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.  Pada bootcamp tersebut, para peserta didedahkan dengan konsep asas keusahawanan.  

1MET Kota Samarahan Sesi 1 (8am - 1pm)

Sesi pendaftaran & bergambar
Difahamkan, program 1MET ini merupakan yang pertama dan direka untuk membangun usahawan tempatan yang berwibawa.  1MET Bootcamp 2013 ini diadakan di enam lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang yang melibatkan lebih 6,000 peserta sebagai batch pertama.

Sarapan pagi
Menerusi program setengah hari tersebut juga, peserta akan mendapat akses untuk menyertai acara sampingan pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October.

Antara peserta bootcamp sesi 1, 8am - 1pm
Bagaimanapun untuk dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak, hanya 200 peserta bertuah masing-masing daripada kedua-dua negeri akan dipilih untuk menyertai acara sampingan tersebut.  Kos pengangkutan termasuk penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MOF.

Mendengar ceramah
Bagi yang tidak bertuah mendapat "golden parachute" tersebut, difahamkan anda masih boleh menyertai acara tersebut dengan tanggungan sendiri.  Rasanya tidak rugi untuk mengejar peluang ini biarpun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga .... sebab mereka yang menyertai bootcamp dan acara sampingan tersebut akan dipantau bagi membolehkan mereka mendapat bantuan lanjutan daripada kerajaan.

Beratur untuk menulis tag nama
Sebenarnya timbul juga perasaan 'down' bila mendengar hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih.  Tapi kami masih ingat satu perkara yang ditekan pada bootcamp tersebut ... usahawan adalah seorang yang mengejar peluang.  Jadi, setiap peluang itu perlu dikejar ... dapat atau tidak itu belakang kira, yang penting mencuba sebelum gagal.

Sesi perbincangan berkumpulan
Wah ... wah ... semangat mau jadi usahawan pula ^_^ Ok la sehingga berjumpa pada entri akan datang.  Selamat berhujung minggu.  Sekali lagi terima kasih kepada photographer yang mengambil gambar-gambar menarik ni, ada juga terselit muka kami dua si gaman.

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan