Pada 21 September lepas, saya dan si gaman berpeluang menghadiri 1MET Bootcamp yang diadakan di Bangunan INTAN, Kota Samarahan. 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) Bootcamp ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam memberi inspirasi, menggalak dan memupuk usahawan generasi muda mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Pada bootcamp tersebut, para peserta didedahkan dengan konsep asas keusahawanan.
1MET Kota Samarahan Sesi 1 (8am - 1pm)
|
Sesi pendaftaran & bergambar |
Difahamkan, program 1MET ini merupakan yang pertama dan direka untuk membangun usahawan tempatan yang berwibawa. 1MET Bootcamp 2013 ini diadakan di enam lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang yang melibatkan lebih 6,000 peserta sebagai batch pertama.
|
Sarapan pagi |
Menerusi program setengah hari tersebut juga, peserta akan mendapat akses untuk menyertai acara sampingan pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October.
|
Antara peserta bootcamp sesi 1, 8am - 1pm |
Bagaimanapun untuk dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak, hanya 200 peserta bertuah masing-masing daripada kedua-dua negeri akan dipilih untuk menyertai acara sampingan tersebut. Kos pengangkutan termasuk penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MOF.
|
Mendengar ceramah |
Bagi yang tidak bertuah mendapat "golden parachute" tersebut, difahamkan anda masih boleh menyertai acara tersebut dengan tanggungan sendiri. Rasanya tidak rugi untuk mengejar peluang ini biarpun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga .... sebab mereka yang menyertai bootcamp dan acara sampingan tersebut akan dipantau bagi membolehkan mereka mendapat bantuan lanjutan daripada kerajaan.
|
Beratur untuk menulis tag nama |
Sebenarnya timbul juga perasaan 'down' bila mendengar hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih. Tapi kami masih ingat satu perkara yang ditekan pada bootcamp tersebut ... usahawan adalah seorang yang mengejar peluang. Jadi, setiap peluang itu perlu dikejar ... dapat atau tidak itu belakang kira, yang penting mencuba sebelum gagal.
|
Sesi perbincangan berkumpulan |
Wah ... wah ... semangat mau jadi usahawan pula ^_^ Ok la sehingga berjumpa pada entri akan datang. Selamat berhujung minggu. Sekali lagi terima kasih kepada photographer yang mengambil gambar-gambar menarik ni, ada juga terselit muka kami dua si gaman.
|
Sesi pembentangan |
|
Sesi pembentangan |
|
Sesi pembentangan |
4 comments:
Menariknye... you terpilih?
Willie - ya, kami terpilih jg :) lepas baca komen ko ni baru teringat mau update blog. Thanks :)
Hey Tahniah! good job being selected!
Dinah - Thanks :)
Post a Comment