2# Pameran Petrosains DinoTrek 2

Lagi cerita pameran petrosains DinoTrek 2.   Kami berdua menghabiskan masa lebih sejam berada di dalam bilik pameran ... maklumlah pertama kali berkunjung ke pameran seperti ini, jadi apa salahnya kami turut menceriakan diri bersama pengunjung kanak-kanak dan remaja yang memenuhi ruang pameran.

Ber'posing di pintu masuk ke pameran DinoTrek 2
Gambar di bawah ini merupakan satu-satunya gambar berdua kami si gaman bersama dinosaur.  Suasana pada Sabtu lepas agak sesak dengan pengunjung jadi kami pun tidak larat mau berasak-asak mengambil gambar.

Berlatar belakangkan Apatosaurus
Apatosaurus ini merupakan haiwan herbivor yang hidup pada lewat zaman jurassic.  Namanya membawa maksud "biawak yang mengelirukan" ... hehehe pelik pula kan.  Saiznya 21 meter (panjang) x 5.4 meter (tinggi) dan beratnya pula mencecah 35,000 kg.

Mesin yang menggerakkan dinosaur
Selain berpeluang melihat lebih dekat teknologi canggih mesin yang menggerakkan dinosaur-dinosaur di pameran tersebut, kami juga kini tahu bahawa dinosaur hidup di antara 156 - 140 juta tahun dahulu dalam tiga zaman iaitu Triassic, Jurassic dan Creataceous.

Replika tengkorak dinosaur
Lebih menarik lagi, terdapat sesi Q & A dan mereka yang dapat menjawab dengan betul diberikan cenderahati.  Salah satu soalan yang paling menarik ialah "Siapa tahu, apakah warna dinosaur?".  Jawapannya pula ... warna dinosaur tidak dapat dikenal pasti sebab apa yang ditemui cumalah tulang-tulang ... hehehe ... logik kan.

Bayi Maiasaurus
Dalam banyak-banyak dinosaur, saya paling suka tengok anak-anak Maiasaurus.  Maiasaurus merupakan dinosaur yang bersifat keibuan.

Si gaman mencuba permainan menyusun gambar dinosaur
Turut menjadi tumpuan adalah pelbagai permainan interaktif seperti permainan menyusun puzzle yang dicuba oleh si gaman.  Ingat senang ... tapi susah juga owh.

Bakal-bakal arkeologi
Memandangkan umur kami dua si gaman hampir-hampir mencecah 40-an, jadi aktiviti yang ini pula, kami dua si gaman tidak boleh join ... hehehe ... inilah bakal-bakal arkeologi masa hadapan.  Bah, setakat ini sahaja, sehingga berjumpa pada entri akan datang.  Happy Wednesday!

2 comments:

Okayarms said...

Activity tu buli join ba. Tapi memang tiada space suda la. Kecil ja tempat tu hahaa.

Jaw Sanggin said...

@Armstrong ... hahahaha ... jadi budak tua pla kami dua.