Buah Tunjuk Langit Daripada TYZO

Sesiapa yang mengenali MGB pasti sedia maklum bahawa kami merupakan pengedar produk makanan/minuman kesihatan keluaran TYZO Buah Tunjuk Langit.  Bermula sebagai pengguna biasa, kami seterusnya menjadi pengedar berikutan tertarik dengan khasiatnya yang menyeluruh.  Boleh lihat khasiat produk ini di sini:  Khasiat Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit.

Buah tunjuk langit yang belum diproses
Pernah tengok buah tunjuk langit depan mata?  Kami berdua?  Inilah pertama kali kami melihat dengan mata kepala sendiri buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini.  Sebelum ini kami cuma melihatnya dalam gambar dan tv.

Kepingan buah tunjuk langit yang telah dikeringkan
Sampel buah tunjuk langit ini kami dapatkan daripada TYZO untuk dipamerkan kepada pengunjung pada flea market akan datang.  Kami percaya ramai di luar sana yang belum melihat buah tunjuk langit sebenar.  Jadi, nantikan MGB pada flea market yang akan datang.

Kapsul buah tunjuk langit
Bayangkan, kalau dahulu orang tua-tua kita terpaksa menahan rasa pahit demi kesihatan, kini pengambilannya lebih mudah dan mesra pengguna.  Idea menjadikan buah sepahit-pahit buah tunjuk langit ini lebih mesra pengguna memang sangat hebat! 

4 produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Tyzo mengeluarkan tiga jenis minuman empat dalam satu (4 in 1) iaitu Swietenia Coffee, Swietenia White Tea dan Swietenia Chocolate.  Satu lagi produk keluaran Tyzo ialah Kapsul Buah Tunjuk Langit.  Beberapa testimoni pengguna boleh KLIK DI SINI.

2# Resepi: Sambal Buah Tunjuk Langit

Hari ini saya mengalami perasaan yang sangat luar biasa.  Perasaan itu membuatkan otak saya menjadi aktif dan timbul pelbagai idea-idea yang masuk akal dan juga tidak masuk akal.  Salah satunya ialah ingin mencuba resepi baharu untuk menu makan malam nanti.  Mau kasi suprise si gaman la konon-kononnya.

Sambal Buah Tunjuk Langit & Ikan Bilis
Mempersembahkan resepi terbaharu dari dapur MGB, Sambal Buah Tunjuk Langit! Mentang-mentanglah kan MGB pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit hehehe ... Hasilnya seperti gambar di atas.  Rasanya pahit sampai ke anak tekak tapi masih boleh dimakan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan
Ingin mengambil risiko mencuba resepi Sambal Buah Tunjuk Langit?  Bahan-bahannya sangat ringkas dan dan cara penyediaannya sangat mudah.  Tapi saya kurang pasti sama ada menu ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat ataupun tidak.  Ok la ... terus kepada bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Buah tunjuk langit yang telah dicincang
Bahan-bahannya:
Sedikit buah tunjuk langit yang telah dicincang halus.
1 genggam ikan bilis.
1 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih yang dihiris halus.
1 biji bawang besar yang telah dipotong dadu.
2 sudu cili boh.
4 sudu besar gula.
Minyak untuk menumis.

Cara memasak:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.  Seterusnya, masukkan cili boh, ikan bilis dan buah tunjuk langit.  Tumis sehingga pecah minyak.  Akhir sekali masukkan empat sudu besar gula sebagai bahan perasa bagi mengurangkan rasa pahit.

Selamat mencuba & menjamu selera.  Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang yang mungkin masih berkisar mengenai buah tunjuk langit.

1# Aksi Tidur Kucing-Kucing MGB


Putih si Big Boss

Hitam si kucing pelawat

Bengal si pembuli

Patty si mangsa buli


MGB & Walai Krusye @ CNY Bazaar

MyGamanBorneo (MGB) dan Walai Krusye, daripada blog kepada perniagaan.  Kalau dahulu cuma blog kraf Walai Krusye sahaja yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan, kini blog MGB milik kami dua si gaman juga turut menerjunkan diri dalam dunia perniagaan.

Tokeh MGB & Walai Krusye
Dunia perniagaan ... cewah!  Berbeza dengan Walai Krusye yang fokus kepada produk kraftangan, MGB pula memilih untuk memperkenalkan produk makanan dan minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit.  KLIK link ini untuk ketahui khasiat buah tunjuk langit.

Tokeh MGB no.2
CNY Bazaar ini dianjurkan oleh The Bloom Bazaar (TBB) dan ini merupakan kali pertama kami menyertai flea market anjuran TBB.  Sebelum ini, kami pernah menyertai Tweet Market dan Green Heights Mall Weekend Flea Market.

Sesi layan diri dengan benang & jarum
Gambar-gambar di bawah merupakan antara penjaja yang menyertai CNY Bazaar bertempat di Riverside Shopping Mall Kuching pada 18 dan 19 Januari lepas.  Terdapat 13 penjaja yang terlibat.  Kebanyakan mereka mempunyai kedai online dan sering menyertai flea market sebagai salah satu langkah promosi.

Menjual pelbagai barangan keperluan wanita

Menjual pelbagai makanan dan minuman untuk CNY

Menjual pakaian dan aksesori wanita

Menjual pelbagai jenis kek dan manisan

MGB & Produk Tyzo @ CNY BAZAAR 18 - 19 Jan

Stok produk TYZO Buah Tunjuk Langit untuk CNY Bazaar
Buat julung-julung kalinya MGB akan keluar mempromosi makanan/minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit di CNY BAZAAR bertempat di Riverside Shopping Complex, Kuching pada 18 dan 19 Januari, dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam.   

Hamper CNY
Memandangkan temanya ialah sambutan Tahun Baru Cina, tercetus idea di kepala kami dua si gaman untuk menyediakan hamper produk Tyzo Buah Tunjuk Langit dan hasilnya seperti yang dalam gambar.  

Ok lah, sesiapa yang terbaca entri dan berada di sekitar Kuching atau Kota Samarahan sudi-sudilah singgah ke gerai kami.