Hari Ibu dan Anak






Hari yang dilalui dengan penuh keseronokan & kenangan manis bersama mama & adik perempuan ku  di Taman Orkid DBKU pada 9 Oktober lepas.








Gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar amatur kami iaitu si gaman rasanya sudah cukup untuk menceritakan betapa enjoynya kami ^_^




Paling penting, hari tersebut merupakan hari dalam sejarah ... sebab buat pertama kalinya saya, mama dan si cap kipas udang berpeluang merakamkan  begitu banyak gambar kenangan bersama.  Paling best, mama pun terpaksa ikut juga gelagat dua anak perempuannya ^_^






































 













Konvokesyen Ke-14 Unimas












Seramai 1,765 graduan, masing-masing 5 graduan penerima Ijazah Doktor Falsafah, 301 graduan penerima Ijazah Sarjana dan 1,459 graduan penerima Ijazah Sarjana Muda menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang berlangsung tiga hari di Unimas, Kampus Timur pada 9 hingga 11 Oktober 2010.  






Sidang konvokesyen dibahagi kepada lima sidang dan sidang kelima iaitu pada 11 Oktober merupakan hari bersejarah bagi satu-satunya adik perempuan saya si Cap Kipas Udang ini apabila menjadi salah seorang daripada 1,459 graduan penerima Ijazah Sarjana Muda.







Setelah berhempas pulas menimba berbaldi-baldi ilmu di Unimas selama beberapa tahun, akhirnya segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian (Ekonomi Antarabangsa) berada digenggaman adik ku ini.








Mama merupakan orang yang paling gembira ... maklumlah sudah dua orang anaknya bergelar graduan iaitu Big Brother kami dan si Cap Kipas Udang ni.  Dua-dua mereka graduan kelahiran Unimas.  Sayang sekali bapa tidak bersama pada hari istimewa  ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tapi kami tau bapa turut berbangga dengan kejayaan si Cap Kipas Udang.






Saya pula, walau pun bukan bergelar graduan ijazah tapi bersempena dengan hari graduasi adik ku ini rasanya ada juga tempias-tempias rasa bangga & terharu di dalam hati bila melihat adik ku tampak hebat dengan jubah dengan topi empat seginya  ... huhhh ... Gaya ... Mutu ... & Keunggulan ^_^ 









Hari paling istimewa bagi tiga wanita istimewa ... "wahai wanita, wanita yang berada di seluruh dunia, tak kira usia, tak kira bangsa, umur atau rupa ... oh asalkan kau wanita" ... yeah ...






Memandangkan, hari tersebut merupakan hari paling istimewa buat adik ku ini ... jadi hampir seluruh lokasi menarik di Unimas di kunjungi untuk sesi fotografi termasuklah jambatan ala-ala Putrajaya ni.  Si gaman merangkap driver dan jurugambar amatur sempat juga menyelit untuk merakamkan gambar kenangan ... masa ni mama yang ambi gambar.




Cuaca panas terik & merimaskan nampaknya tidak menghalang adik ku & graduan-graduan  lain berposing sakan.  Bertahun lamanya menimba ilmu merupakan cabaran cukup besar bagi mereka semua ... jadi rasanya panas terik pada hari graduasi bukanlah masalah besar untuk mereka merakamkan sebanyak mana gambar kenangan.




Banyak-banyak gambar ... ini lah gambar yang paling best & cute.  Orang kata, di sebalik kejayaan seorang anak ... doa & sokongan ibu bapa merupakan pendorong kejayaan anak.

 




Untuk adik ku ... sekalung tahniah dari kakak mu ini ^_^  "Hadapi setiap hari dengan pimpinan Tuhan ... kita saling menyokong dalam doa".