Si Putih Yang Penyibuk


Agak lama juga saya tidak meng'update blog dengan kisah-kisah menarik si
Putih iaitu satu-satunya kucing yang tinggal sebumbung dengan kami dua
si gaman.  Kali terakhir kisah si putih dipaparkan di blog ini ialah
pada November 2011 yang lepas iaitu ketika si putih menunjukkan aksi
menariknya seperti turut sama menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia.






Si putih menyemak di atas meja


Kali ini saya ceritakan tentak tabiat penyibuk si Putih.  Seperti biasa saya menghabiskan masa di perpustakaan mini di rumah dengan ditemani si putih yang penyibuk.  Pantang melihat saya sibuk-sibuk, ketika itu jugalah dia ikut menyibuk.  Paling si putih suka buat ialah menyemak di atas meja ... inilah tabiat si putih yang kami dua si gaman paling tidak suka.







Tidur selepas dipindahkan


Selagi tidak dipindahkan, selagi itulah si putih di atas meja menidurkan dirinya.  Memandangkan saya ada banyak kerja yang perlu dibuat hari ini, si putih yang salah asuhan ini terpaksalah saya pindahkan di atas kerusi malas.  







Tidur nyenyak :)


Bukan setakat itu sahaja, untuk
memastikan si putih tidak mengacau ... terpaksalah saya mengusap-usap
kepala kucing yang tersalah asuhan ini sehingga dia tertidur. Kucing ini memang big boss di dalam rumah, tidur pun perlu berkipas.  Jadi sebagai peringatan, pastikan anda-anda yang ada membela kucing dinasihatkan supaya tidak memanjakan kucing anda berlebihan

0 comments: