Perkara pertama yang terlintas di
fikiran saya apabila bangun pagi tadi ialah "Laksa Sarawak". Di mana
lagi kedai makan di sekitar Kuching yang menyediakan hidangan laksa
sarawak paling umpph!!!??? Gambar di bawah merupakan laksa sarawak yang saya
nikmati pada minggu lepas ketika jalan-jalan cari butang di India
Street. Rasanya ... not bad kata orang putih.
Laksa Sarawak @ Kuching |
Walaupun namanya laksa sarawak, tapi di setiap tempat pasti rasanya
berbeza ... semuanya bergantung kepada keistimewaan "kuasa air tangan"
orang yang menyediakannya. Orang kata, sekalipun sukatan rempah-ratus yang digunakan 100% sama tapi
air tangan setiap orang tetap memberikan rasa yang berbeza.
Presentation yang menarik |
Keenakan laksa sarawak juga sudah tentu terletak kepada kuahnya tetapi ada kalanya presentation turut mempengaruhi macam laksa ini.
**Di mana-mana tempat saya terjumpa laksa gerenti saya akan oder yang
special punya!!! Huh! betapa hebatnya kecintaan saya terhadap laksa
sarawak. Mungkin boleh pasang angan-angan jadi duta kecil laksa sarawak ♥‿♥
0 comments:
Post a Comment