Dua Tiket Percuma Tayangan Filem 3D BAIT


Ramai-ramai berbaris panjang dalam suasana harmoni pada sekitar jam 1.30 petang tadi bertempat di di The Springs ni bukanlah untuk makan sushi tapi untuk mendapatkan tiket wayang filem 3D BAIT percuma di kaunter penebusan yang dibuka bersebelahan Sushi King.







Ikut Barisan!


Kaunter penebusan buka pada jam 2.00 petang, tapi ramai dah berbaris panjang.  Si gaman pun join sekali, rugi kalau tidak join sebab seorang dapat dua tiket percuma.  Menariknya, terdapat juga beberapa warga emas yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket percuma.







BAIT Jaw Dropping In 3D ... 3D You..


Pemberian sebanyak 500 tiket wayang percuma ini sebenarnya bersempena
dengan ulang tahun ke-3 panggung MBO dan ulang tahun ke-60 See Hua
Group.  Tayangan pada 11.00 pagi, 22 September bersamaan dengan Sabtu depan ... Yay!!  Jangan jeles ♥‿♥






**Walaupun filem ni sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas, pendapat saya adalah lebih baik warga emas yang mempunyai masalah lemah jantung atau berisiko diserang
stroke lebih baik tidak menonton filem 3D ni.  Bukan apa, takut mereka tidak dapat menerima adegan-adegan kejutan dalam filem tersebut ♥‿♥



0 comments: