Kolagen Untuk Kesihatan Tulang (cantik adalah bonus)

Collagen Peptide
Sekarang ini popular sangat orang memperkatakan mengenai kebaikan kolagen terutamanya di facebook.    Antara yang paling popular adalah kolagen daripada sumber rumpai laut Sabah yang dikatakan mempunyai gred AAA.  Terus terang saya sendiripun kurang pasti apa sebenarnya kolagen.  Saya cuma tahu kegunaan kolagen lebih cenderung kepada kecantikan sahaja.

Bila masuk bab-bab kecantikan, saya memang slow dan cincai sikit ... fikir asal ada saja biarpun melihat rakan-rakan berkongsi testimoni di facebook mengenai keupayaan kolagen yang membantu memperbaiki struktur kulit menjadi tegang dan berseri hanya dalam tempoh tiga hari.

Collagen yang telah diproses
Sampailah suatu hari, saya membaca mengenai kolagen baik untuk kesihatan tulang yang dikongsikan oleh seorang rakan yang menjadi ejen 'dropshipping' produk kolagen ini.  Memandang saya mempunyai masalah lutut, jadi timbul perasaaan untuk mencuba walaupun masih ada perasaan ragu-ragu.

Sebelum memutuskan untuk mencuba, saya mengambil masa yang agak lama juga mengumpul maklumat.  Seronok juga bila masuk dalam bab google meng'google ni ... banyak info berguna diperolehi.  Hasil google-google juga, saya baharu tahu bahawa kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.

Sekarang ni saya sedang mencuba kolagen daripada sumber ikan yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan tulang dan kecantikan kulit.  Berharap agar ianya berkesan memperbaiki semula tisu-tisu pada bahagian lutut saya ... mencantikkan kulit?  kalau bertambah cantik itu kira bonus ♥‿♥

Maklumat berkaitan kolagen peptide ini boleh diperolehi di http://www.facebook.com/pages/Rumpun-Ayu/195991803876418?fref=ts

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2013


Pix from google
Kepada semua wanita, tidak kira di mana anda berada ... Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2013 ♥‿♥

Selamat Datang Ke Blog MyGamanBorneo

Selamat datang ke blog MygamanBorneo yang baharu.  Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya bukan orang baharu dalam penulisan blog.  Sebelum ini saya aktif menulis di blog lama saya yang juga saya namakan MyGamanBorneo tetapi menggunakan domain myhomeniaga.blogspot.com.

Blog baharu ini dibuka berikutan kuota untuk memuat naik gambar pada blog lama telah penuh dan hal ini membataskan saya untuk terus menulis.  Saya berharap di blog MyGamanBorneo yang baharu ini saya dapat berkongsi lebih banyak cerita dan informasi berguna dan menarik kepada para pengunjung/pembaca.

Di samping itu juga, saya akan berusaha untuk menghasilkan penulisan-penulisan yang lebih matang seiring dengan usia yang semakin meningkat ini.

Setakat ini sahaja sebagai permulaan, semoga bertemu pada entri yang akan datang.