Kebelakangan ni kami dua si gaman tersangat sibuk. Si gaman sibuk dengan kerjanya ... saya pula sibuk menyiapkan tempahan krusye yang berderet-deret. Jadi, bila ada rakan blogger komen pada entri lepas bertanyakan sama ada kami terpilih ke pelancaran Program Keusahawanan 1 Malaysia (1MET) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October lepas, baru teringat untuk 'update' pengalaman kami di sana.
Bergambar berlatar-belakangkan kira-kira 5K peserta yang terpilih |
Ya, kami berdua telah terpilih ke pelancaran 1MET dan kami semua merupakan kumpulan pertama. 1MET merupakan acara sampingan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013 (GES 2013).
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry |
Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut serta dalam pelancaran tersebut, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang mewakili Presiden US, Barack Obama yang membatalkan lawatannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
Sementara itu, dalam sesi soal jawab bersama peserta, PM memaklumkan bahawa akan ada satu insentif khas untuk para peserta 1MET dan perkara tersebut akan diumumkan pada Pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini. Yes! tidak sabar mau tahu apa insentif yang bakal diberikan kepada kami semua yang hadir pada hari tersebut.
Norman KRU berkongsi pengalaman |
Suasana program pada hari tersebut sangat santai, bersesuaian dengan jiwa golongan belia. Paling gamat apabila Norman KRU muncul ... siapa tidak kenal dengan dia kan. Pada hari tersebut, Norman berkongsi pengalaman dan tip-tip keusahawanan.
Antara panel pada program tersebut |
Gambar di atas ni pula merupakan antara panel yang turut sama berkongsi rahsia kejayaan mereka sebagai usahawan pada usia muda. Wow! masa tu sudah masuk pelbagai angan-angan mat jenin di kepala saya.
Posing bersama EJ Carrion |
Selesai program, sempat juga kami bergambar dengan EJ Carrion. Beliau menjadi moderator pada program tersebut. Siapa yang tidak kenal dengan EJ Carrion ... boleh goooooogle ^_^ Ok la, setakat ini sahaja. Jumpa pada entri akan datang.