Caj 6% Cukai Prabayar, Apa Kata Mereka


Najib - Meminta syarikat
telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai
perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah
nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan
rakyat.  





Ismail Sabri - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf
perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke
atas pembelian tambah nilai prabayar.  





Rais - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membawa bantahan
pengguna terhadap pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus yang
dikenakan syarikat telekomunikasi seperti diumumkan semalam ke mesyuarat
Jemaah Menteri minggu depan.






Sumber:  Utusan Online




Apa kata saya:  Walau apa kata orang-orang besar ini, keputusan mengenakan caj cukai perkhidmatan ke atas
semua produk tambah nilai  prabayar dan kad sim sebanyak 6% patut TIDAK DITERUSKAN.  Kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas
(SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar jadi kenapa perlu
dikenakan cukai lagi, lagi pula kebanyakan pengguna prabayar adalah dari
kalangan golongan berpendapatan rendah.










4 comments:

Lina said...

sia sukung yg penghabisan skali..'Apa kata saya' tuh..haha

MyGamanBorNeo said...

@Lina hahaha ... cukup dgn sokongan :)

Armstrong said...

Ya ba. Time sia dapat ni sms, sia dalam hati sia, "Adui tda-tda o."
6% bukan cheap eh.

Tapi sia suka ni ayat:
Syarikat2 telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.

Hmm sia rasa diorang mo kita semua guna postpaid ba ni. LOL.

MyGamanBorNeo said...

@Armstrong iya la ... mau x mau terpaksa jg bah. Biar pun karang kena tangguh, nanti2 di teruskan jg tu.