Cukai 6% Tambah Nilai Prabayar Bebankan Rakyat


Ini merupakan berita yang tidak sedap didengar atau dibaca.  Langkah yang diambil oleh semua syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan 6% ke atas semua pembelian kad tambah nilai, kad sim mulai 15 September ini menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuklah saya.  Tindakan ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah semakin TERTINDAS.





Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September





KUALA
LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan
kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai
perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.  Menurut
kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala
Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak
perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap
oleh syarikat telekomunikasi.





Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah
alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini,
ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan
itu.





Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam
peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah
nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai
perkhidmatan.  “Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.





Bagi
mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan
prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau
menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. 



Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai
penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam
perundangan cukai perkhidmatan.





Akta Cukai Perkhidmatan 1975
memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan
pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk
perkhidmatan prabayar mudah alih.  Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.





Sementara
itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit
Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan
caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan
prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.





Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan
akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan
rendah.  “Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan
prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam
peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.
  Sumber:  Berita Harian













0 comments: