20 Jun lepas saya berkesempatan berkunjung ke Pet Adoption &
Neutering Campaign for MBKS Residents bertempat di perkarangan letak
kereta pasar Stutong. Kebetulan lalu di sana jadi apa salahnya singgah sebentar.
Pet Adoption & Neutering Campaign |
Tersentuh juga hati bila melihat anak-anak anjing yang tidak bertuan
ni, tapi saya ni lebih sukakan kucing sebab kucing lebih mudah
dipelihara dan boleh dibiarkan bebas bergerak dalam rumah berbanding anjing.
Local puppy |
Masa tiba di sini sekitar jam 3 petang, cuma terdapat beberapa ekor
anak anjing dan kucing dewasa yang dipamerkan. Berkemungkinan
sebahagiannya sudah diangkat menjadi haiwan peliharaan.
Kucing dewasa |
Saya tertarik sangat dengan yang seekor ni, tapi niat terpaksa dibatalkan sebab saya sudah ada si Putih di rumah. Si Putih
ni pantang kalau nampak kucing dewasa lain gerenti bergaduh. Si Putih cuma boleh berkompromi dengan anak kucing saja ♥‿♥
Comel |
6 comments:
Macam SPCA ka ni? Sy baru nampak yg SPCA punya page tu hari, dorang pun buat program lebih kuranng gitu juga~ Hee~ :)
@Gee iya, dorang la yg punya kempen ni. kesian jg tengok kucing2 & anjing2 yg x bertuan. tapi tu la, perlu komitmen tinggi jg kalau mau peliharan haiwan ni.
Eee, kiut tu miaw. So how's the program? Ramai juga ka orang adopt those pity animals?
@Fadzmie Mohamad tidak pasti jg sbb time saya pegi sana tiada nampak org adopt tapi tinggal sikit lagi la itu kucing sama puppy.
Meow! Ala, kalo sia ada ruma sia sendiri yang sia satu urang ja tinggal, saya akan pelihara kucing o. At least 3 kucings hehee.
@Armstrong ya la, kesian jg tengok tp mau adopt kucing dewasa ni payah sikit kalau suda ada kucing lain di rumah ... pandai begaduh nanti.
Post a Comment