Walai Krusye @ #TweetMarket #TwtUpKCH 2012




Hello semua, hari ni  saya mau share berita yang sangat menggembirakan.  Huh!!! perasaan gembira bercampur gemuruh bila Walai Krusye terpilih sebagai salah satu penjaja #tweetmarket untuk #twtupkch pada 8 Disember (Sabtu) akan datang bertempat di Old Court House, Kuching (bangunan mahkamah lama Kuching).






#TwtUpKCH


Bayangkan daripada ramai-ramai yang menghantar permohonan ... saya antara yang terpilih.  Pemilihan dibuat bukan berdasarkan siapa cepat dia dapat tetapi berdasarkan keunikan produk yang ditampilkan.  Perasaan bangga?  Hehehe ... gerenti ada sebab tidak sangka produk yang cuba saya tampilkan mempunyai keunikan tersendiri ♥‿♥

 

Jika pada tahun lepas saya terlepas program ini, tahun ini saya bukan sahaja datang sebagai pengguna Twitter tetapi juga turut sama memeriahkan suasana dengan berkongsi hasil kraftangan Walai Krusye
Jadi, kepada semua rakan crocheter dan penggemar kraftangan krusye yang berada di Kuching,Sarawak, luangkan masa anda berkunjung ke booth Walai Krusye.





Saya juga akan mengadakan demo mengait baby booties untuk mereka-mereka yang berminat.  Jadi pastikan anda tidak terlupa bawa crochet hook sendiri yer atau boleh beli daripada booth Walai Krusye ... benang pun boleh beli daripada saya hehehehe ♥‿♥ bawa sendiri pun no problem.





Selain itu saya juga akan menjual pelbagai benang kait import, set jarum krusye serta pelbagai hasil siap krusye pada harga berpatutan.  Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat pembelian minumum RM50 akan berpeluang membuat cabutan untuk peluang memenangi 10 hadiah menarik.  





Tapi yang paling menarik lagi ialah anda berpeluang melihat sendiri siapa orang di sebalik blog MyGamanBorneo dan Walai Krusye ini ♥‿♥ Adakah saya ni seorang yang tinggi?  rendah?  kecil? besar? kurus?  montel?  comel?  kurang comel?  hehehe ... Jadi jumpa anda di sanaaaaaa ....




#TwtUpKCH pada tahun sebelum ini merupakan perhimpunan terbesar para pengguna media sosial Twitter.  Tetapi pada tahun ini,  #TwtUpKCH bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi perhimpunan media sosial terbesar dengan melibatkan bukan sahaja pengguna twitter tetapi juga semua pengguna sosial facebook, instagram dan foursquare.



Program #TwtUpKCH bermula dari jam 3.00 petang sehingga 9.30 malam bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik ... Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami memeriahkan suasana.  Layari http://twtupkch.com/ untuk maklumat lanjut.






4 comments:

Yati said...

Tahniah ya, dan good luck nanti untuk booth. :D
Sama tarikh dengan booth saya juga, di Ipoh. :)

Willie a.k.a Reptoz said...

Tahniah. Kalau sempat dan ada parking space, saya akan melawat ke sana.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...

@Yati Thanks :) semoga booth kita suksess :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...

@Willie a.k.a Reptoz Thanks :) Semoga berjaya mencari parking space hehe