Taukeh Walai Krusye |
Letih tapi sangat menyeronokkan apabila menjadi salah seorang vendor yang turut sama memeriahkan TweetMarket #TwtUpKch yang berlangsung pada Sabtu, 8 Disember. Program yang menghimpunkan ratusan pengguna media sosial Twitter, Facebook, Foursquare dan Instagram ini merupakan anjuran Sarawak Bloggers.
No.13: Booth Walai Krusye |
Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan untuk booth ini,
ditambah lagi dengan komitmen lain yang juga memerlukan perhatian ...
TAPI akhirnya dapat juga turut sama memeriahkan #TwtUpKch sebagai salah seorang vendor pada hari tersebut. Suasana pada hari tersebut sangat happening!
Si gaman jadi assistant |
Ini merupakan pengalaman kali pertama menjual di tempat awam, jadi
perasaan gemuruh bercampur gelisah sangat terasa tapi semua itu sedikit
demi sedikit hilang setelah mendapat respon positif daripada orang
ramai.
Antara benang yang dipamerkan |
Paling menyeronokkan apabila ada seorang rakan crocheter dikenali
daripada FB page datang untuk belajar mengait kasut bayi. Sayangnya
masa agak terhad dan saya cuma dapat mengajarkan yang paling asas.
Dengar kabar, CT Zue sudah berjaya menyiapkan sepasang kasut bayi malam
tadi
Salah seorang rakan crocheter belajar mengait kasut bayi |
Ok la setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri. Ingin tahu lanjut mengenai Walai Krusye bolehlah email saya di home.niaga@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.
6 comments:
Wa! Satu perniagaan yg baik selain makanan dan minuman.
Kita memang memerlukan perniagaan yg berkaitan dengan hobi. Pada hari tersebut, saya juga terserempak dengan bekas pelajar saya yang kini menjual alat alat yoyo!
Memang happening la aktiviti di situ. Saya suka....hihihi!
Semoga berjaya dalam perniagaan anda.
@Willie a.k.a Reptoz Ya la, hobi ni banyak membantu ramai org utk buat perniagaan. Thanks willie :)
Thanks for coming Jawlinda. Harap byk kenalan masa sana =)
Waaaahhh Jawlinda, so cute lah kasut baby yg kamu kait. :D sayang nya saya tidak dapat join, memang saya mau datang tapi apa boleh buat, komitmen saya di luar terlalu byk. saya memang memanfaatkan Sabtu/Ahad untuk menghantar brg2 kepada customers saya dan pada malamnya saya ada bday party lagi adoii... anyway, glad to see that everyone enjoyed the day!
@Mizz Coki Thanks :) saya ingat kamu ada buka booth jg masa tu.
@cyrildason WC. Dapat jg beberapa kenalan merangkap customer :)
Post a Comment