Sekarang ni semua orang di mana-mana sahaja termasuklah di kedai kopi sedang sibuk memperkatakan mengenai fenomena Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari pada 23, 24 dan 25 Disember ini. Dengar-dengar ada yang telahpun bersiap sedia membeli sejumlah lilin yang banyak sebagai persiapan, bimbang fenomena tersebut turut menjejaskan bekalan elektrik.
Malah, ada juga yang telah memborong jumlah bekalan makanan mencukupi untuk tempoh tiga hari bumi bergelap, bimbang jika tiada kedai atau pasaraya yang buka. Selain itu, ada juga yang telah mengeluarkan semua simpanan dalam bank kerana bimbang kecelaruan berlaku pada sistem perbankan yang boleh menjejaskan simpanan mereka.
Huh! Memandangkan saya ni pun tidak faham sangat dengan hukum-hukum alam semesta ni, jadi saya sendiri kurang pasti sama ada kebimbangan mereka semua itu berasas. Tapi tidak salah mereka-mereka ini membuat persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Langkah sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk adalah tindakan yang bijak.
Saya pula, apa persiapan saya jika fenomena ini benar-benar terjadi? apa yang terlintas difikiran saya pada ketika ini ialah saya mau tidur dan tidur dan tidur dalam tempoh tersebut hehehe ...
Angkasa Nafi Laporan Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.
Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F.
Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. -BERNAMA
0 comments:
Post a Comment