Masih tidak berputus asa! Ini merupakan cubaan kali ketiga membuat kuih tradisional kegemaran ramai ini selepas cubaan pertama dan kedua gagal.
Menggunakan hand mixer untuk menjadikan adunan sebati |
Kali ini, bukan alang-alang lagi ... saya telah menggunakan teknologi moden untuk menjadikan adunan betul-betul sebati sebelum adunan tersebut diperap untuk beberapa jam sebelum dimasak. Hasilnya seperti gambar di bawah.
Hampir-hampir mau jadi hehehe ... |
Walaupun masih tidak menjadi seperti yang diharapkan, tapi kuih penjaram saya kali ini sudah menampakkan bunga-bunganya ... cuma kuih ini tidak berjaya buncit dengan cantiknya. Apa-apapun, semua kuih ini sudah selamat menjadi sarapan saya pada hari ini. Bah, Happy Tuesday semua ^_^