1MET Bootcamp 2013 @Kota Samarahan, Sarawak

Pada 21 September lepas, saya dan si gaman berpeluang menghadiri 1MET Bootcamp yang diadakan di Bangunan INTAN, Kota Samarahan.  1 Malaysia Entrepreneur (1MET) Bootcamp ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam memberi inspirasi, menggalak dan memupuk usahawan generasi muda mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.  Pada bootcamp tersebut, para peserta didedahkan dengan konsep asas keusahawanan.  

1MET Kota Samarahan Sesi 1 (8am - 1pm)

Sesi pendaftaran & bergambar
Difahamkan, program 1MET ini merupakan yang pertama dan direka untuk membangun usahawan tempatan yang berwibawa.  1MET Bootcamp 2013 ini diadakan di enam lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang yang melibatkan lebih 6,000 peserta sebagai batch pertama.

Sarapan pagi
Menerusi program setengah hari tersebut juga, peserta akan mendapat akses untuk menyertai acara sampingan pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 October.

Antara peserta bootcamp sesi 1, 8am - 1pm
Bagaimanapun untuk dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak, hanya 200 peserta bertuah masing-masing daripada kedua-dua negeri akan dipilih untuk menyertai acara sampingan tersebut.  Kos pengangkutan termasuk penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MOF.

Mendengar ceramah
Bagi yang tidak bertuah mendapat "golden parachute" tersebut, difahamkan anda masih boleh menyertai acara tersebut dengan tanggungan sendiri.  Rasanya tidak rugi untuk mengejar peluang ini biarpun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga .... sebab mereka yang menyertai bootcamp dan acara sampingan tersebut akan dipantau bagi membolehkan mereka mendapat bantuan lanjutan daripada kerajaan.

Beratur untuk menulis tag nama
Sebenarnya timbul juga perasaan 'down' bila mendengar hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih.  Tapi kami masih ingat satu perkara yang ditekan pada bootcamp tersebut ... usahawan adalah seorang yang mengejar peluang.  Jadi, setiap peluang itu perlu dikejar ... dapat atau tidak itu belakang kira, yang penting mencuba sebelum gagal.

Sesi perbincangan berkumpulan
Wah ... wah ... semangat mau jadi usahawan pula ^_^ Ok la sehingga berjumpa pada entri akan datang.  Selamat berhujung minggu.  Sekali lagi terima kasih kepada photographer yang mengambil gambar-gambar menarik ni, ada juga terselit muka kami dua si gaman.

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan

Sesi pembentangan


Seronoknya Tak Habis-Habis Dengan P1

Sempena menyambut ulang tahun ke-5, P1 mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berseronok dengan promosi kuota tanpa had untuk dua pelan Pemenang Anugerah Broadband Kediaman.

Pelan broadband Kediaman ForHome™ 99 dan ForHome™ 149 menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps dan 2Mbps dengan kuota tanpa had hanya pada harga RM99 dan RM149 untuk masa terhad sahaja.

CEO P1, CC Puan berkata, tema kempen, “Seronoknya Tak Habis-habis” menterjemahkan definisi keseronokkan yang dapat dinikmati oleh pengguna tanpa perlu bimbang tentang had kuota. Tambah Puan lagi, rakyat Malaysia perlu terus menikmati keseronokkan dalam hidup, tidak kira secara online mahupun offline, sama seperti prinsip P1 dalam memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan.

Keseronokan dan aktiviti dalam talian intensif data merangkumi streaming video dan muzik, permainan online, perbualan secara langsung dan perkongsian fail bersaiz besar termasuk gambar dan imej beresolusi tinggi.

Jumlah data diukur dalam Kilobait, Megabait atau Gigabait  untuk menentukan kadar penggunaan yang boleh dilakukan secara online. Menurut Puan, tidak seperti pelan tanpa had yang ditawarkan di pasaran, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota, tidak mengurangkan kelajuan internet pada tahap penggunaan tinggi, tidak menyekat mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota. “Ini adalah Pelan Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena  menyambut ulang tahun ke-5 kami.”

Selain daripada pelan broadband Kediaman Tanpa Had, P1 juga akan menggandakan penggunaan kuota broadband Pelan di Mana Jua – Pelan ToGo™ 69 sebanyak 3 kali ganda selama tempoh promosi ini. Pengguna dapat menikmati 15GB data hanya pada RM69, dengan 3.7 kali lebih kuota berbanding mana-mana broadband di Mana Jua yang ditawarkan pada harga yang sama.

Walau bagaimanapun, pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan suara tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal. Untuk mereka  yang mahukan broadband dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi berserta 300 minit panggilan percuma, yang mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap, nombor mudah alih dan IDD negara popular. 

Kesemua pelan Pemenang Anugerah ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan.  ForHome™ juga merupakan broadband mudah alih yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ulang Tahun Ke-5 P1 – Promosi Berseronok tak habis-habis, sila layari p1.com.my/hotdeals.


Dalam Hati Ada Taman Orkid

Ambil gambar kenang-kenangan pun jadilah
Ini merupakan kali keempat kami berkunjung ke Taman Orkid DBKU yang lokasinya terletak di Petra Jaya.  Kunjungan pada 7 September lepas bertujuan untuk melihat Pameran Orkid Antarabangsa Kedua 2013.  

Bagaimanapun, sayang seribu kali sayang kami terlepas peluang tersebut kerana datang pada sebelah petangnya ... ketika itu kebanyakan orkid yang mengikuti pertandingan telahpun diangkat.

Tidak balik dengan tangan kosong, kami dua si gaman membeli empat lagi pokok orkid untuk menyemakkan lagi kawasan rumah kami hehehe ...



Koleksi pokok orkid baharu
Untuk membaca entri-entri di blog lama MyGamanBorneo mengenai Taman Orkid DBKU boleh KLIK di sini.  Ok lah, setakat ini sahaja ... jumpa pada entri akan datang.  Selamat berhujung minggu.


2# Pameran Petrosains DinoTrek 2

Lagi cerita pameran petrosains DinoTrek 2.   Kami berdua menghabiskan masa lebih sejam berada di dalam bilik pameran ... maklumlah pertama kali berkunjung ke pameran seperti ini, jadi apa salahnya kami turut menceriakan diri bersama pengunjung kanak-kanak dan remaja yang memenuhi ruang pameran.

Ber'posing di pintu masuk ke pameran DinoTrek 2
Gambar di bawah ini merupakan satu-satunya gambar berdua kami si gaman bersama dinosaur.  Suasana pada Sabtu lepas agak sesak dengan pengunjung jadi kami pun tidak larat mau berasak-asak mengambil gambar.

Berlatar belakangkan Apatosaurus
Apatosaurus ini merupakan haiwan herbivor yang hidup pada lewat zaman jurassic.  Namanya membawa maksud "biawak yang mengelirukan" ... hehehe pelik pula kan.  Saiznya 21 meter (panjang) x 5.4 meter (tinggi) dan beratnya pula mencecah 35,000 kg.

Mesin yang menggerakkan dinosaur
Selain berpeluang melihat lebih dekat teknologi canggih mesin yang menggerakkan dinosaur-dinosaur di pameran tersebut, kami juga kini tahu bahawa dinosaur hidup di antara 156 - 140 juta tahun dahulu dalam tiga zaman iaitu Triassic, Jurassic dan Creataceous.

Replika tengkorak dinosaur
Lebih menarik lagi, terdapat sesi Q & A dan mereka yang dapat menjawab dengan betul diberikan cenderahati.  Salah satu soalan yang paling menarik ialah "Siapa tahu, apakah warna dinosaur?".  Jawapannya pula ... warna dinosaur tidak dapat dikenal pasti sebab apa yang ditemui cumalah tulang-tulang ... hehehe ... logik kan.

Bayi Maiasaurus
Dalam banyak-banyak dinosaur, saya paling suka tengok anak-anak Maiasaurus.  Maiasaurus merupakan dinosaur yang bersifat keibuan.

Si gaman mencuba permainan menyusun gambar dinosaur
Turut menjadi tumpuan adalah pelbagai permainan interaktif seperti permainan menyusun puzzle yang dicuba oleh si gaman.  Ingat senang ... tapi susah juga owh.

Bakal-bakal arkeologi
Memandangkan umur kami dua si gaman hampir-hampir mencecah 40-an, jadi aktiviti yang ini pula, kami dua si gaman tidak boleh join ... hehehe ... inilah bakal-bakal arkeologi masa hadapan.  Bah, setakat ini sahaja, sehingga berjumpa pada entri akan datang.  Happy Wednesday!

1# Pameran Petrosains DinoTrek 2

Sebelum ini, saya dan si gaman hanya melihat dinosaur dalam cerita Jurassic Park.  Tapi pada Sabtu lepas, kami berpeluang merasai sendiri pengalaman interaktif dinosaur pada pameran Petrosains DinoTrek 2 yang memaparkan kehidupan prasejarah dinosaur bertempat di Muzium Sarawak.

Pameran Petrosains DinoTrek 2
Tidak kira usia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan ataupun warga emas, semuanya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman interaktif dinosaur.  Suasana di dalam bilik pameran memang meriah.  Bagi kanak-kanak, melihat makhluk prasejaran ini merupakan suatu pengalaman yang sangat mengujakan.  Golongan dewasa pula dapat menambahkan pengetahuan.  

Beratur panjang untuk
Seronok berada di pameran ini, kunjungan kami dua si gaman bolehlah dikatakan seumpama lawatan sambil belajar orang dewasa.  Di bawah ini saya kongsikan sedikit maklumat beberapa dinosaur yang kami perolehi daripada pameran tersebut.

Stegosaurus
Sekali pandang, rupanya seakan-akan biawak.  Stegosaurus merupakan haiwan herbivor dan ia dikenali kerana kepingan di belakangnya dan ekornya yang berduri.  Siapa sangka dengan saiz 9 meter (panjang) x 2.72 (tinggi) dan seberat 3,000 kilogram, stegosaurus dikatakan hanya memiliki tempurung otak yang kecil dengan saiz tidak lebih daripada otak anjing dan kemungkinan yang terkecil di kalangan dinosaur.

Velociraptor
Velociraptor ini pula antara dinosaur yang bersaiz kecil.  Saiznya cuma 1.8 meter (panjang) x 1 meter (tinggi) dan beratnya kira-kira 7 - 15 kg.  Walaupun kecil, dinosaur ini merupakan haiwan jenis karnivor dan merupakan pemangsa yang ganas.  

Protoceratops
Haiwan kecil yang mempunyai tengkorak yang besar ini antara dinosaur yang paling comel pada saya.  Walaupun berat badan herbivor ini mencecah sehingga 400 kg, tetapi saiznya sama seperti Velociraptor  iaitu 1.8 meter (panjang) x 1 meter (tinggi).  

Tyrannosaurus Rex (T-Rex)
T-Rex ini pula antara dinosaur yang paling mendapat perhatian ramai.  Agak lama juga kami menunggu masa dan giliran yang sesuai untuk mengambil gambar.  Dinosaur ini kita sudah sedia maklum merupakan haiwan karnivor.  Saiz 12 meter (panjang) x 5.6 meter (tinggi) dengan berat 7,000 kg , gigitannya dikatakan lapan kali lebih kuat daripada gigitan seekor singa.

Spinosaurus
Spinosaurus bermaksud biawak berduri, haiwan jenis karnivor ini  merupakan dinosaur pemakan daging yang besar dengan berat mencecah 4,000 kg dan saiznya pula mencecah 18 meter (panjang) x 5 meter (tinggi).   Sirip pada tulang belakangnya dikatakan mungkin bertujuan untuk mengawal suhu badan, mencari pasangan dan menakutkan dinosaur-dinosaur lain.

Maiasaurus
Bermaksud biawak bersifat keibuan.  Ia merupakan dinosaur pertama yang ditemui bersama anak, telur dan sarangnya.  Maiasaurus merupakan haiwan jenis herbivor dan ia mempunyai berat mencecah 2,500 kg dengan saiz 9 meter (panjang) x 2.3 meter (tinggi).

Banyak lagi yang hendak dikongsikan, tapi setakat ini sahaja untuk hari ini.  Sehingga berjumpa lagi pada entri yang akan datang.

Panggang Ngut

*Entri ini hanya sesuai untuk bacaan non-muslim*

Gerai di simpang Spaoh
Kalau di Sabah popular dengan "Sinalau Bakas" (daging babi hutan panggang), di Sarawak pula popular dengan "Panggang Ngut" (daging babi panggang).  Saya dan si gaman sempat singgah dan berehat sebentar di gerai ini ketika dalam perjalanan dari Kuching - Saratok pada 29 Ogos lepas.  

Panggang ngut, RM37/kg
Harganya pun boleh tahan juga tetapi berbaloi sebab pelanggan boleh memilih sendiri kepingan-kepingan panggang ngut ini.  Apa lagi, kami dua si gaman memang memilih yang paling banyak isi.  

Taukeh gerai
Menikmatinya ketika masih panas ... yummy!  Sebahagiannya kami makan di gerai tersebut dan sebahagian lagi kami tapau bawa balik ke rumah panjang si gaman di Rumah Panjang Amit, Peligong.

Yummy!
Selain panggang ngut, gerai ini turut menjual pansuh perut ngut ... mmm ... malangnya kami dua si gaman cuma suka makan dagingnya saja.  

Turut dijual pansuh perut ngut
Nasi ayam kicap pun ada juga? Nampaknya ayam memang tidak dapat lari daripada kehidupan kita hehehe ... apa-apa pun, bagi mereka-mereka yang dalam perjalanan jauh ... jangan lupa singgah menjamu selera di gerai-gerai panggang ngut. 

Menu lain yang ditawarkan di gerai ini