Sebelum Tahun 2013 Melabuhkan Tirainya

Bunyi mercun mulai memecah kesunyian malam menandakan tinggal beberapa jam lagi sebelum menjelangnya tahun 2014.  Bagaimanapun, ambang tahun baru kali ini rasa kurang meriah ... tidak kelihatan kepulan asap BBQ seperti tahun-tahun sebelumnya gara-gara cuaca hujan berpanjangan.

Makan malam 
Pun begitu, kami dua si gaman bersama anak buahnya tetap mengambil kesempatan untuk meraikan detik-detik terakhir tahun 2013 ini dengan makan malam ringkas di luar.

Ayam penyet J&J
Semoga pada tahun 2014 ini, semua yang dirancang berjalan dengan lancar.  Selamat tinggal 2013 dan Selamat datang 2014.

Putih, Hitam dan Bengal

Bengal
Sebelum ini cuma ada si Putih, kucing yang saya bawa dari Sabah ... kemudian si Hitam, kucing pelawat yang cuma datang bertandang untuk makan dan tidur setiap hari ... dan sekarang si Bengal, anak kucing terbuang yang tiba-tiba datang masuk ke dalam kawasan rumah kelmarin.

Tidur selepas penat bermain
Atas dasar keperihaiwanan yang tinggi, akhirnya kami memutuskan untuk memelihara anak kucing kiut ini.  Kesian, anak kucing ni betina dan mungkin itu sebab dia dibuang oleh tuannya.  Kesian si Bengal ... bayi pun orang sanggup buang, inikan pula setakat anak kucing.

Zzzzzzzz
Nama Bengal dipilih oleh si gaman sebab belang dan tompok pada badannya yang kemas dan teratur macam kucing bengal.  Hari ini hari kedua si Bengal bersama kami dan dia sudah cukup manja dan nakal.  Si Putih pula jeles dan setakat hari ni sudah empat kali si Bengal dapat penampar dari si Putih hehehe ... si Hitam pula lagi pelik, dia takut dengan si Bengal.

Putih ... Hitam ... dan Bengal, semuanya kucing yang terbuang pada asalnya.  Kalau berkemampuan, rasanya semua kucing terbiar di luar sana hendak dipelihara.  Mmmmm ... bagi mereka-mereka yang suka buang anak kucing ... Nasihat saya, kasi kembiri saja kucing-kucing peliharaan anda supaya mereka tidak beranak pinak.

Putih, Hitam dan Dot Dot Dot

Lama tidak bercerita mengenai kucing kesayangan kami, si Putih.  Si Putih sekarang sudah 6 tahun bersama kami ... sepanjang tempoh tersebut, bermacam-macamlah karenahnya.  Ada karenah yang mencuit hati dan ada juga karenah yang bikin panas hati.

Putih
Si Putih ni bukan sahaja tidak mudah mesra dengan orang-orang yang tidak dikenali, malah sukar untuk mesra dengan kucing-kucing lain.  Pantang ada kucing lain tersinggah di rumah kami .... maka akan terjadilah pergaduhan hebat biarpun kebanyakan keputusannya si Putih yang tertewas.

Hitam
Si Putih sekarang ada kawan (bukan kawan sebenar) yang kami panggil si Hitam.  Si Hitam ni pernah juga menjadi mangsa buli si Putih, tapi mungkin sikap si Hitam yang merendah diri dan tidak suka melawan maka dia diterima dengan seadanya oleh si Putih.

Si Putih & si Hitam
Si Hitam ni bolehlah dikategorikan sebagai kucing pelawat sebab dia cuma datang untuk makan dan tidur sekejap-sekejap di rumah, tetapi tidak menetap di rumah kami.  Disember ni genap sudah setahun si Hitam muncul dalam hidup kami dan si Putih.

Dot ... dot ... dot
Jika Disember 2012 lepas si Hitam muncul dalam hidup si Putih, disember tahun ini pula muncul lagi seekor kucing.  Kali ini anak kucing berusia kira-kira tiga atau empat bulan.  Jiran sebelah cakap, kucing ni dibuang orang pagi tadi.

Kesian juga, sudah masuk dalam kawasan rumah ... kalau dibiar takut dibaham anjing ataupun dilanggar kereta.  Huh! ... sifat keperihaiwanan yang sukar ditepis.  Belum ada keputusan sama ada kami akan pelihara atau berikan anak kucing ini kepada mana-mana pihak yang berminat.

Khasiat Produk TYZO Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) telah terbukti secara saintifik dapat mencegah, mengatasi dan merawat pelbagai jenis masalah kesihatan.  Ketahui lebih lanjut mengenai khasiat dan pembuatan produk TYZO Buah Tunjuk Langit di sini: 


Kepada yang berminat untuk mencuba produk TYZO Buah Tunjuk Langit, sila email ke home.niaga@yahoo.com

Terdapat 4 produk TYZO Buah Tunjuk Langit:
Swietenia Coffee (20g x 20 sachet):  RM29.00
Swietenia White Tea (25g x 16 sachet):  RM29.00
Swietenia Chocolate (30g x 14 sachet):  RM29.00
Kapsul Buah Tunjuk Langit (30 kapsul):  RM38.00




MGB Di Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia

Ahad lepas ketika sedang berjalan-jalan "mengukur kedai" (window shopping) di hujung minggu di pusat membeli belah terbesar di Kota Samarahan ... WOW!!! ... Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia di The Summer Mall.  Mengadakan program seumpama ini di pusat membeli belah merupakan suatu pendekatan yang sangat mesra kepada orang awam.  

Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia
Hari terbuka yang berlangsung selama dua hari tersebut (7 dan 8 Disember) disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Maktab Tentera Diraja serta beberapa agensi lain.

Posing dulu ^_^
Langkah kanan ... bukan mudah mendapat peluang sebegini.  Tidak sekadar mendapat informasi menarik dan berpeluang melihat senjata api yang sebenar, kami juga berpeluang untuk memegang pelbagai jenis senjata api yang dipamerkan pada hari tersebut.







Hadiah Krismas @NescafeMalaysia

Hadiah daripada Nescafe Malaysia
Krismas yang bakal tiba dan kami menerima hadiah istimewa daripada Nescafe Malaysia.  

Sebenarnya hadiah ini merupakan hadiah menang peraduan #StartwithNESCAFE, tapi bolehlah dianggap sebagai hadiah Krismas 2013.

Hadiah berupa cek bernilai RM100, shopping bag, mug, 1 set alas gelas, 1 pek Nescafe Classic 200 gram, dan 3 sachet Nescafe Ipoh White Coffee.

#Sedang fikir-fikir ... apa mau buat dengan RM100 pada Krismas nanti?  Laksa Sarawak ... Movie ... ???