Ahad lepas ketika sedang berjalan-jalan "mengukur kedai" (window shopping) di hujung minggu di pusat membeli belah terbesar di Kota Samarahan ... WOW!!! ... Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia di The Summer Mall. Mengadakan program seumpama ini di pusat membeli belah merupakan suatu pendekatan yang sangat mesra kepada orang awam.
Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia |
Hari terbuka yang berlangsung selama dua hari tersebut (7 dan 8 Disember) disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Maktab Tentera Diraja serta beberapa agensi lain.
Posing dulu ^_^ |
Langkah kanan ... bukan mudah mendapat peluang sebegini. Tidak sekadar mendapat informasi menarik dan berpeluang melihat senjata api yang sebenar, kami juga berpeluang untuk memegang pelbagai jenis senjata api yang dipamerkan pada hari tersebut.
0 comments:
Post a Comment