Kiosk Daftar Masuk Sendiri




Beratur untuk daftar masuk @ Kuching International Airport


Selamat Hari Isnin!  Ketika ini saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Sandakan untuk cuti-cuti Krismas 2011 sehingga 4 Januari 2012, maklumlah sudah tiga tahun tidak sambut Krismas bersama keluarga di kampung jadi alang-alang balik kampung biar sampai tahun depan.







Kiosk daftar masuk sendiri


Lebih setahun tidak menggunakan perkhidmatan bas udara, saya baru tahu sekarang ini penumpang tidak perlu lagi beratur lama di kaunter untuk tujuan  "check in", kini penumpang hanya perlu mendaftar masuk menggunakan Kiosk Daftar Masuk Sendiri yang disediakan berhampiran kaunter.  Difahamkan, kiosk yang menggunakan teknologi skrin sentuh, pembaca pasport dan kad bagi pengenalan serta
merta penumpang dan mencetak pas masuk kod bar 2D pada kertas thermal ini sudah mula diperkenalkan sejak setahun lepas.  Kiosk itu juga membolehkan penumpang mendaftar masuk seawal 48 jam sebelum berlepas.






Boeing 737 Flight MH 384


Ini kapal terbang MAS yang akan menerbangkan saya dari Kuching ke Kota Kinabalu pada jam 9.00 pagi nanti.  Penerbangan mengambil masa kira-kira 1 jam 35 minit dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.35 pagi.  Dari Kota Kinabalu - Sandakan saya akan menaiki pesawat MH 2046 yang akan berlepas pada jam 12.30 tengahari.  Yeah! tinggal beberapa jam lagi saya akan menjejakkan kaki ke kampung halaman.  Sehingga jumpa pada next post!








2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Selamat bercuti dan lama dah tak guna mesin tu.

MyGamanBorNeo said...

@Willie a.k.a Reptoz Thanks :)