Nasi Kukus Ayam Golek Mamak Cafe




RM6.00 sepinggan & RM18.00 seekor


Lagi cerita pasal ayam, tapi kali ini cerita mengenai menu ayam golek yang disediakan oleh salah satu stall Mamak Cafe di Desa Ilmu, Kota Samarahan.  Kedai makan ini terletak berdekatan dengan Warong 2000 dan Siang-Siang Cafe.  Ketiga-tiga kedai makan ini boleh dikatakan kawasan "segi tiga emas untuk makan dan lepak" kerana hampir semua penduduk sekitar serta pelajar-pelajar Unimas dan Uitm tertumpu di sini terutamanya pada waktu malam.  Suasana lagi sesak sekiranya terdapat perlawanan bola sepak.








Selepas:  Licin ...


Berbalik kepada cerita ayam golek tadi.  Stall ayam golek di Mamak Cafe ini baru beroperasi, mungkin sekitar dua bulan lepas dan baru Ahad lepas saya dan si gaman singgah untuk mencuba rasa Nasi Kukus Ayam Golek. Rasa ayam goleknya memang empuk dan sedap.  Hasilnya, pinggan pun licin dan sangat sesuailah dengan ayat promosi "Cuba dahulu baru tahu" yang ditampal pada food display stall tersebut.

0 comments: