Raja Ayam Bakar Kopitiam




Terletak di Jalan Abell, Kuching


Jika raja segala buah dikaitkan dengan buah durian, maka raja segala ayam mungkin boleh dikaitkan dengan Raja Ayam Bakar Kopitiam yang terletak di Jalan Abell, Kuching.  Lokasinya tidak jauh daripada bangunan Sarawak Plaza dan bertentangan dengan Alliance Bank.








Raja Ayam Bakar: RM8.50


Jumaat lepas, saya dan si gaman mengambil kesempatan untuk makan malam di sini.  Saya memilih menu utamanya iaitu Raja Ayam Bakar, sementara si gaman pula memilih untuk makan Raja Ayam Penyet.  Terdapat juga menu lain ditawarkan di sini seperti Raja Ikan Bakar, laksa dan macam-macam lagi termasuklah pencuci mulut.






Raja Ayam Penyet: RM8.50


Kedua-dua menu dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti ulam raja, timun, kubis, tauhu goreng dan tempe goreng.  Daging ayam bakarnya 'not bad' kata orang putih, manakala sambalnya pula memang pedas kaw kaw punya.  Nasinya pula mungkin nasi kukus kerana teksturnya yang agak lembut dan lembab.  





Jadi, sekiranya anda bercadang makan di sini, satu tips untuk menikmati ayam bakar dengan lebih ummph! ialah makan menggunakan tangan, maksudnya jangan gunakan sudu atau garfu.  Next time kami mau cuba Raja Ikan Bakar pula

2 comments:

AWANG said...

Kalau tengok dari gambar macam berselera dan harga pun boleh di-kata kan murah...kan ayam nampak besar size nya....

MyGamanBorNeo said...

@AWANG boleh tahan juga la rasa dia. saiz ayam agak besar utk perempuan. saya pun payah juga mau kasi habis.