Mari Sertai Kempen Go - Go - Green


Selamat pagi Oktober.  Memandangkan saya lahir dalam bulan Oktober, jadi hari ini merupakan permulaan yang baik untuk saya memikirkan, merangka, memulakan dan melaksanakan azam baharu.  Tidak perlu tunggu tahun baru 2013, bulan kelahiran merupakan permulaan terbaik untuk azam baharu.  Tambahan pada senarai 10 azam baharu saya kali ini ialah ingin mengamalkan lebih banyak konsep 3R dalam kehidupan seharian.







Ian M.Carter berkongsi kepentingan konsep 3R


Semalam ketika jalan-jalan cuci mata di Kuching Central sambil-sambil menunggu si gaman sampai dari Saratok, saya tersinggah cuci-cuci mata dan cuci-cuci minda di gerai pameran go-go-green yang dikendalikan oleh Ian M.Carter bersama dua rakannya.







Pameran go-go-green


Banyak juga idea-idea 3R yang saya perolehi di sana, malah terdapat juga idea-idea kreatif yang tidak pernah terlintas difikiran saya sebelum ini.  Menurut Ian, tujuan mereka mengadakan pameran tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah pencemaran akibat barang-barang yang tidak dapat lupus seperti plastik.







Kotak telur sesuai untuk menanam bawang


Langkah mengadakan kempen dan pameran kecil seperti ini juga turut dijadikan sebagai medium untuk mendidik orang ramai supaya lebih sensitif dan menjadi lebih kreatif dalam mengadaptasikan konsep 3R ke arah pemulihan alam sekitar.







Botol plastik dikitar semula menjadi bekas semaian sayur


Walaupun tidak mengamalkan konsep 3R secara 100%, sebenarnya aktiviti kitar-mengitar ni memang salah-satu kegemaran saya .  Selepas melihat gambar-gambar di pameran tersebut, rasanya saya bakal menjadi lebih kreatif lagi dalam mengadaptasikan konsep 3R.





Jadi sebagai sokongan kepada kempen go-go-green ini saya akan cuba memperuntukkan satu entry setiap Rabu untuk 3R.  Ada sesiapa yang mau join satu entry 3R setiap Rabu? Pada Rabu ini saya akan kongsikan konsep Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) yang saya amalkan selama ini.  So, sehingga berjumpa pada lain entry ♥‿♥




2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Hi,

Merujuk kepada buat duit online dengan berniaga,

Saya rasa blog dan laman niaga adalah benda yg berlainan. Bagi saya blog itu ialah platform penulisan jiwa dan kehidupan seseorang manakala laman niaga ialah platform berjual beli seperti laman pakaian, kuih dsbgnya.

Apatah lagi, bagi saya, saya kurang melawat blog yg hanya mempromosikan barang begitu juga blog yg terlalu spesifik seperti blog fotografi, blog teknologi. Setakat ini, saya masih mengekalkan blog yg mengekspresi siapa diri saya.

Mengenai 3R. MEmang bagus kalau ramai org macam anda. Saya pun nak cuba. Hari itu, on Sunday , ada pameran 3R di Boulevard. Cantik produk recycle mereka.

Jaw @ MyGamanBorNeo said...

@Willie a.k.a Reptoz Saya setuju. Blog kini jg telah dimanipulasikan menjadi laman niaga sebab pendekatannya yang ringkas dan bersahaja.

blog saya ni sekarang semakin rojak hehehe ... tapi saya ada buka blog Walai Krusye yang bertemakan kraftangan krusye/crochet. Berkongsi tentang minat krusye & secara tidak langsung mempromosikan biz kraf.

3R ni sebenarnya sukar utk diamalakan 100% sebab kekangan masa & tidak semua org mahu memerah otak menjadi kreatif. Saya banyak idea dpt drp gambar2 yg mereka pamerkan.