Sesuatu Sebagai Tanda Ingatan Abadi

Memang saya kaki online shopping dan tidak tahu menggambarkan betapa gembiranya saya apabila barang yang saya nanti-nantikan telah sampai hari ini.  Tiga gelang tangan yang saya tempah daripada Eheart Charms & Crafts menerusi facebook kini berada di depan mata.

www.eheartcharms.com
Tiada nama, tiada kubur, tapi kini saya memiliki sesuatu sebagai tanda ingatan terhadap tiga kehilangan sebelum ini.  Sebenarnya, saya telah lama mencari sesuatu seperti gelang tangan 'precious tiny footprints' ini.

Precious tiny footprints charms
Mungkin saya tidak berpeluang untuk membelai dan memeluk.  Tapi, cukup sekadar memiliki dan menyentuh gelang ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang saya terhadap si kecil yang tidak berkesempatan melihat dunia.

Sisters forever charms
Sementara, gelang 'sisters forever' ini pula, saya tempah dua set.  Satu untuk saya dan satu lagi untuk saya hadiahkan kepada satu-satunya adik perempuan saya.  Saya mahu dia tahu bahawa dalam apa jua keadaan pun kami tetap adik beradik.

#KecilTapiBermakna


Cerita Kangkung & Lintah

Lama tidak makan sayur kangkung.  Jadi, Sabtu lepas saya telah membeli dua ikat sayur kangkung dan satu ikat telah pun dimasak dan dimakan sebagai hidangan makan malam.  Kemudian pada Isnin saya terbaca satu info yang sangat menakutkan mengenai kangkung di Facebook.  Mungkin ini kes terpencil, tapi kita harus sentiasa berwaspada dan mencegah kejadian ngeri seumpama ini daripada berulang.

Untuk selamat saya sekarang merajinkan diri membelah batang kangkung
Kejadian ini berlaku di negara kita.  Diringkaskan cerita, kes ini melibatkan seorang kanak-kanak yang menderita sakit perut yang teruk disertai demam, muntah-muntah dan cirit-birit.  Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke sebuah klinik dan setelah di x-ray pihak klinik mendapati dalam usus kanak-kanak tersebut terdapat lintah yang telah membiak.  Doktor tidak sanggup menjalankan pembedahan dan akhirnya kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia.

Bersih, selamat untuk dimasak & dimakan
Menurut cerita, dua hari sebelum itu, mereka sekeluarga telah makan kangkung tumis di sebuah restoran.  Dijangkakan, lintah tersebut terdapat didalam batang kangkung besar yang dimakan oleh anak mereka.  Dikatakan juga, lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit.  Lintah hanya akan mati jika dibakar.  Petua yang diberikan jika kejadian seumpama ini berlaku pada kita/keluarga/rakan ialah dengan meminum air rendaman tembakau dan biasanya lintah akan keluar dalam keadaan mati.

Selepas membaca cerita tersebut, saya pada mulanya takut mau makan kangkung lagi dan berhasrat membuang sahaja baki seikat kangkung yang masih ada di dalam peti ais.  Tapi seorang rakan FB memberikan tips, katanya, cuma perlu pastikan batang kangkung dibelah dan dibersihkan sebelum dimasak.  Haiyaaa ... ini pun saya tidak dapat fikir gara-gara terlampai geli hehehe ...

Bah, apa lagi ... sekarang biar lambat asal selamat.  Jadi, kita rajin-rajinkanlah diri untuk membelah batang kangkung untuk menjamin kebersihan dan keselamatannya untuk dimakan.  Lepas ni baik makan sayur kangkung yang dimasak sendiri saja.  

Berbelanja Di Kedai Rakyat 1 Malaysia

RM52.70, itu jumlah pembelian yang dibuat di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kota Samarahan hari ini.  Ini merupakan kali kedua kami berbelanja keperluan dapur di situ.  Difahamkan kedai ini telah mula beroperasi sejak Mac tahun ini.

Berbelanja di KR1M, Kota Samarahan
Harga barangan di bawah label 1 Malaysia memang agak berpatutan cuma pilihan produk di bawah label ini masih agak terhad di sini.  Menariknya di kedai ini terdapat juga jenama produk lain yang membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga dan membuat pembelian mengikut kemampuan masing-masing.

Dapat oren sebagai "free gift"
Oren, minyak masak, maruku, madu dan kek antara produk di bawah label 1 Malaysia yang dibeli. Kami juga mendapat 'free gift' berupa sebotol extrak jus oren.  Jadi sesiapa yang berada di sekitar Kota Samarahan, apa kata singgah berbelanja di KR1M dan menjadi pelanggan bertuah mendapat 'free gift' seperti kami.  Oren free wooo ... ♥‿♥

Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Antara barangan Walai Krusye
Walai Krusye? Selain blog MyGamanBorneo, Walai Krusye merupakan salah sebuah lagi blog yang saya kendalikan.  Berbeza dengan blog MyGamanBorneo, blog Walai Krusye lebih cenderung kepada perkongsian hobi krusye saya.

Hari pertama (6 Julai 2013)
Walai bermaksud rumah dalam bahasa Kadazan Dusun, manakala krusye pula merupakan seni mengait menggunakan jarum satu.  Jadi Walai Krusye kalau dalam bahasa English ialah 'House of Crochet'.  

Hari kedua (7 Julai 2013)
Jika dahulunya hanya sebuah blog, kini Walai Krusye telah menjadi sebuah perniagaan yang telah didaftarkan dengan nama Walai Krusye Enterprise pada 8 Oktober 2012 yang lalu ... satu perkembangan yang baik bukan? cewah ♥‿♥

Jualan makanan
Pun begitu, perniagaan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan memerusi online dan sekali sekala saya akan mengikuti 'flea market' yang dianjurkan oleh mana-mana pihak seperti Green Heights Mall Flea Market pada 6 dan 7 Julai lepas.  

Pre-love item
Ini merupakan kali kedua saya menyertai aktiviti jualan terbuka sebegini, sementara kali pertama di TweetMarket TweetUpKuching pada 8 Disember 2012.  Maklumlah belum mampu untuk menyewa dalam jangka masa panjang, jadi peluang seperti inilah yang cuba saya manfaatkan untuk mendapat pengalaman lebih luas dalam perniagaan.

Sheena's Handmade House
Sambutan daripada para pengunjung pada ketika itu sangat menggalakkan.  Lebih menyeronokkan lagi apabila saya berpeluang bertemu dengan individu-individu yang mempunyai minat yang sama.  Cuma ruang dan masa tidak sesuai, kalau tidak ... rasanya boleh lepak berjam-jam lamanya berbual mengenai hobi kait-mengait ni.

Ok la, setakat ini sahaja.  Sehingga bertemu lagi pada entri akan datang.  Kepada penggemar krusye bolehlah luangkan masa berkunjung ke blog Walai Krusye dan FB Walai Krusye.