Sempena menyambut ulang tahun ke-5, P1 mengajak
seluruh rakyat Malaysia untuk terus berseronok dengan promosi kuota tanpa had untuk
dua pelan Pemenang Anugerah Broadband Kediaman.
Pelan
broadband Kediaman ForHome™ 99 dan ForHome™ 149 menawarkan kelajuan sehingga
1Mbps dan 2Mbps dengan kuota tanpa had hanya pada harga RM99 dan RM149 untuk
masa terhad sahaja.
CEO
P1, CC Puan berkata, tema kempen, “Seronoknya Tak Habis-habis” menterjemahkan
definisi keseronokkan yang dapat dinikmati oleh pengguna tanpa perlu bimbang
tentang had kuota. Tambah Puan lagi, rakyat Malaysia perlu terus menikmati
keseronokkan dalam hidup, tidak kira secara online mahupun offline, sama
seperti prinsip P1 dalam memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan.
Keseronokan dan aktiviti dalam talian intensif data merangkumi streaming video dan muzik,
permainan online, perbualan secara langsung dan perkongsian fail bersaiz besar
termasuk gambar dan imej beresolusi tinggi.
Jumlah
data diukur dalam Kilobait, Megabait atau Gigabait untuk menentukan kadar penggunaan yang boleh
dilakukan secara online. Menurut Puan, tidak seperti pelan tanpa had yang
ditawarkan di pasaran, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota,
tidak mengurangkan kelajuan internet pada tahap penggunaan tinggi, tidak menyekat
mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota. “Ini adalah Pelan
Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena menyambut ulang tahun ke-5 kami.”
Selain
daripada pelan broadband Kediaman Tanpa Had, P1 juga akan menggandakan
penggunaan kuota broadband Pelan di Mana Jua – Pelan ToGo™ 69 sebanyak 3 kali
ganda selama tempoh promosi ini. Pengguna dapat menikmati 15GB data hanya pada
RM69, dengan 3.7 kali lebih kuota berbanding mana-mana broadband di Mana Jua
yang ditawarkan pada harga yang sama.
Walau
bagaimanapun, pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan
suara tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal.
Untuk mereka yang mahukan broadband
dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi
berserta 300 minit panggilan percuma, yang mana pengguna boleh membuat
panggilan ke talian tetap, nombor mudah alih dan IDD negara popular.
Kesemua
pelan Pemenang Anugerah ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play
iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan. ForHome™ juga merupakan broadband mudah alih
yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan. Untuk
maklumat lanjut berkaitan Ulang Tahun Ke-5 P1 – Promosi Berseronok tak
habis-habis, sila layari p1.com.my/hotdeals.
0 comments:
Post a Comment