Aiskrim Biskut Vanila |
Resepi aiskrim lagi. Sebelum ni Aiskrim Milo ... hari ni pula buat eksperimen buat resepi Aiskrim Biskut Vanila pula. Masih kekal menggunakan bahan2 asas iaitu susu cair, susu pekat, ovalett dan esen. Cuma saya campurkan biskut vanila yang telah dikisar sebagai bahan tambahan. Resepi seperti di bawah:
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 sudu makan susu pekat (untuk lebih manis boleh tambah)
2 sudu makan ovalett
1 sudu kecil esen (ikut suka ... saya guna esen vanila)
Bahan tambahan:
10 keping biskut vanila yang telah dikisar.
Cara-cara membuatnya:
Adun guna mixer atau blender kesemua bahan2 asas sehingga gebu. Kemudian, masukan biskut vanila yang telah dikisar tadi dan gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas dan bekukan.
Hasilnya seperti di atas. Aiskrim mempunyai tekstur sedikit kasar disebabkan oleh serbuk biskut. Rasanya pula sama dengan rasa biskut vanila cuma dalam rupa aiskrim smile emoticon
3 comments:
Okay juga ni. Record video buat ni Aiskrim Biskut Vanila baru la siok. Haha.
Happy Friday, Jaw.
@Armstrong ... hahahaha ... nda cukup rajin mau buat video. update blog pun makin malas.
Pandai u buat aiskrim ya?
Post a Comment