Pokok krismas dianggap suci???






pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci???


Tajuk berita “Pokok Krismas Cetus Kemarahan” yang menghiasi muka depan akhbar tempatan Utusan Borneo hari ini berjaya memancing perhatian saya untuk membaca keseluruhan isi kandungan berita tersebut ... maklumlah aura krismas semakin kuat.  Berita tersebut melaporkan mengenai tindakan salah satu NGO yang membina pokok Krismas dengan menggunakan tin minuman keras telah membangkitkan rasa marah penganut Kristian.   Berita ini turut dipaparkan di http://www.theborneopost.com/?p=80527







Bagi mereka yang sensitif mungkin akan terkilan dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah memberikan gambaran negatif mengenai sambutan krismas. Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy Anye Imang ... ada baiknya juga beliau membidas tindakan NGO terbabit.  Bagaimanapun, saya rasa kenyataan beliau yang mengatakan “pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci” agak tersasar dari maksud krismas yang sebenar.



Pengertian krismas tidak terletak pada pokok krismas, santa claus, hadiah krismas, rumah terbuka dan sebagainya ... dan saya tidak pernah terbaca di bible dan mendengar khotbah-khotbah di gereja yang mengatakan pokok krismas dianggap suci.  Jadi krismas nanti  kita semua yang kurang memahami maksud krismas ... jangan lupa pergi gereja untuk belajar maksud krismas yang sebenar.  Renung-renungkan dan selamat beramah.







0 comments: