Temankan JUMAAT biarpun SABTU ni KRISMAS



christmas-desi-glitters-20



... AHAD bagi tau si ISNIN, suruh cari si SELASA, takut tidak jumpa si RABU, sebab sudah janji dengan si KHAMIS, yang saya mesti temankan si JUMAAT biarpun SABTU ni KRISMAS .... huwaaaaa :(



Jeles betul bila tengok wall post kawan-kawan Facebook yang seronok memperkatakan tentang KRISMAS ... cuti KRISMAS ... pokok KRISMAS ... hiasan KRISMAS ... hadiah KRISMAS ...  baju baru KRISMAS ... biskut dan kek KRISMAS ... rumah terbuka KRISMAS ... semuanya pasal KRISMAS ... 



...  ... saya pula lain ceritanya, sebarang persiapan KRISMAS pun tiada.  Malah Khamis ni pun masih kerja, Jumaat pun kena kerja juga ... maklumlah gara-gara cuti 4 hari untuk tempoh kontrak 6 bulan sudah habis.  Mau ambil cuti tanpa gaji pun susah sebab bulan lepas sudah ambil cuti tanpa gaji 1 minggu, lagi pula ... Disember sampai pertengahan Januari tahun depan sibuk betul dengan kerja-kerja penulisan artikel kemas kini untuk 68 tapak.



Walau apa pun ...  tanpa cuti KRISMAS ... tanpa pokok KRISMAS ... tanpa hiasan KRISMAS ... tanpa hadiah KRISMAS ...  tanpa baju baru KRISMAS ... tanpa biskut dan kek KRISMAS ... tanpa rumah terbuka KRISMAS ... KRISMAS TETAP BERMAKNA









0 comments: