Gambar kenangan untuk 31 Dis 2010 |
"Bila semua yang dirancang tidak menjadi". Tadi punya la semangat kami dua si gaman mau keluar jalan-jalan sebagai mengisi aktiviti sempena last day tahun 2010. Terlebih dahulu kami mengambil kesempatan gambar kenangan semata-mata untuk dikongsikan dalam blog.
Toll |
Bulatan Datuk AmarAbang Haji Suleiman Bin Haji Taha |
Malangnya sampai ke destinasi, Muzium Kucing ditutup kepada kunjungan orang ramai. Sepatutnya time-time public holiday macam ini la di buka kepada umum ... buang masa ... buang minyak betul.
Bangunan ... |
Hampa ... jadi kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan cari makan dulu di McDonald, Batu 3 sementara memikirkan apa rancangan seterusnya. Punya la tensen sebab terpaksa beratur panjang, mau pegi tempat lain malas juga ... akhirnya sampai juga giliran dengan berkat kesabaran beratur panjang dalam suasana yang agak sesak. Suasana sesak ni bermakna hari ini semua orang malas mau masak di rumah.
Jalan raya sedikit sesak dengan kenderaan di Matang |
Siap makan, konon-kononnya mau pegi tengok movie di Springs ... tapi lagi la teruk bila kereta terpaksa beratur panjang dan gara-gara tiada tempat parking terpaksa la kami dua si gaman membatalkan niat untuk menonton wayang.
Rancangan seterusnya, kami menuju ke BDC, konon-kononnya mau pegi main bowling pun berakhir dengan kehampaan bila dimaklumkan yang kami perlu menunggu kira-kira 1 jam 30 minit lagi untuk mendapatkan tempat ... mmmmm ... main pool saja la ... alalala ... pun tiada table kosong ... mau pegi mana lagi ???
Apa kata pegi cuci rambut untuk release tension ... tapi tiba di destinasi ... hampa juga bila salon yang kami kunjungi pun ramai customer ... tiada mood la mau tunggu lama-lama semata-mata untuk cuci rambut :( huhhh ... mau cari salon lain pun tiada mood sudah ... Akhirnya bila semua yang dirancang tidak menjadi ... bagus balik rumah saja la.
0 comments:
Post a Comment