Pada post Refresh semula saat-saat jatuh cinta, saya cuba la konon-kononnya mengukur tahap angau saya terhadap si gaman pada kira-kira 7 tahun lepas. Daripada 50 senarai petanda serangan penyakit angau ... boleh disimpulkan bahawa saya sihat dan bebas dari penyakit angau ^_^ Jadi betul la apa yang saya katakan sebelum ni, cinta itu suatu yang subjektif dan setiap individu itu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
Saya ada 5 jawapan berwarna kuning menandakan kurang pasti dan 3 jawapan berwarna merah yang menunjukkan saya cukup pasti dengan jawapan diberi. Sedangkan, kriteria yang diberikan menyatakan "lebih 10 perkara daripada senarai dinyatakan ini menyerang kamu ... ini bermakna anda disahkan menghidapi penyakit ANGAU. Lebih 20, maknanya kamu memang cukup angau. Jika lebih 30, ternyata kamu terlampau angau dan sekiranya lebih 40 perkara, itu bermakna yang kamu angau tahap GABAN ^_^ "
Pix from google photo sharing |
(: Ukur Tahap Angau Anda :)
1 Seperti ada kelainan dalam dirinya yang mahu kamu selami. Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah kamu temui. Jawapan: Tidak perasan pula.
2 Setiap kali teringatkan dia seperti ada yang mengeletek dalam diri. Jawapan: Hehehehe ... tidak la pula sampai tahap ni.
3 Entah mengapa kamu jadi aneh, suka tertawa dan senyum-senyum sendiri. Jawapan: Alalala ... ini kes teruk kalau macam ni, saya ok saja.
4 Terlalu kerap mencuri-curi pandang si dia. Jawapan: aikksss!!! Tidak pernah sempat curi pandang sebab kami jarang jumpa.
5 Kalau matanya tertumpu kepadamu, jantung berdegup kencang. Tangan tetiba berpeluh. Jawapan: Tidak pernah perasan direnung ... sebab si gaman pakai cermin mata hahaha...
6 Kalau berdepan dengannya, semua benda jadi tidak keruan dan salah tingkah. Jawapan: Tidak pernah pula tersalah tingkah sebab kami selalu bersama rakan-rakan lain.
7 Kamu asyik tersasul menyebut nama si dia. Malah, dah mula berangan-angankan nama anak-anak dengannya nanti. Jawapan: Langsung tidak pernah.
8 Ingin selalu berada dekat-dekat dengan dirinya. Seboleh-bolehnya tidak mahu dia hilang dari pandangan. Jawapan: Kurang pasti pula.
9 Kamu suka mengelamun dan jadi kaki berangan. Jawapan: Saya bukan jenis yang suka berangan-angan.
10 Asyik sekali berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia. Berjalan pun terasa di awangan. Jawapan: adoiiii ... Tidak pernah ... hehhee ... melampau la pula kalau sampai tahap ni.
11 Kamu hilang selera makan. Lapar pun tidak terasa. Jawapan: woops!!! Sama sekali tidak pernah.
12 Tiba-tiba kamu disinggahi penyakit insomnia. Sukarnya mahu lelapkan mata kebelakangan ini. Jawapan: Tidur merupakan salah satu yang saya gemari ... pantang kena ganggu time tidur.
13 Diari kamu berisi tulisan-tulisan tentang dia ... dia ... dan dia. Jawapan: Saya tidak pernah memiliki diari peribadi.
14 Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula. Jawapan: Asal lagu best ... layan saja.
15 Kamu jadi cerewet mengenai penampilan diri. Kalau boleh tidak mahu dia lihat kamu tanpa sepalit solekan atau selekeh. Seboleh-bolehnya kamu mahu dia melihat kamu cantik-cantik selalu. Tubuh kamu pula semerbak wangi sampai si dia bersin dibuatnya sebaik sahaja mendekatimu. Jawapan: Ya. Tapi sekadar tidak nampak selekeh saja :)
16 Pantang bertemu majalah, kamu membaca ramalan zodiak kamu dan dirinya. Jawapan: ... ingat-ingat lupa pula.
17 Dia sepatutnya sudah menelefon tetapi talian tidak berdering dan kamu terus-terusan menunggu. Pada saat itu kamu sudah jatuh cinta. Jawapan: Tidak.
18 Apa sahaja mengenai si dia kamu ingin tahu. Bukan sekadar nombor telefon, nombor rumah, malah nombor telefon rumah neneknya juga. Wah, ni melampau tahap gaban ^_^ Jawapan: Hahaha ... jawapan saya TIDAK pernah sama sekali.
19 Sedaya-upaya kamu mendekati sahabat-sahabatnya. Mahu mencuri jalan senang mendekatinya lagi. Jawapan: Hehehe ... rasanya tidak perlu sebab kawan saya ... kawan si gaman juga. Kawan si gaman ... kawan saya juga.
20 Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan dijadikan wallpaper. Jawapan: Andudui ... kesian betul, sebab zaman kami dulu-dulu telefon belum canggih macam sekarang ni.
21 Jadi hobi pula mengukir namanya di setiap laman kosong. Nampak nama pun jadilah ... Jawapan: Tiada masa untuk benda-benda remeh macam ni.
22 Ada rakan-rakan buat lawak depan kamu pun tapi mata dan perhatian kamu hanya tertuju kepada si dia. Jawapan: Tidak, sebab saya ni suka dengar cerita lawak.
23 Ada unsur-unsur berlagak tidak endah bila dia dekat dengan mu, tetapi apabila dia tiada di depan mata kamu berusaha mencarinya. Jawapan: Kes macam ni tidak perasan pula.
24 Kamu lebih senang dengan email atau SMS pendek daripadanya berbanding email panjang atau bingkisan lebar orang lain. Jawapan: Zaman kami dulu, 1 SMS 20 sen ... manakala topup credit dan access pula masing-masing RM50 setiap satu. Semuanya mahal ... jadi lebih baik guna untuk menghubungi keluarga.
25 Kalau si dia menyentuhmu, nak pitam rasanya. Jawapan: Hahaha ... teruk la pula kalau sampai macam ni, orang yang jenis macam ni patut jumpa doktor.
26 Dalam telefon bimbitmu, yang tinggal hanya sebarisan SMS daripadanya. Sedang SMS orang lain mudah sahaja kamu delete selepas sekali membacanya. Kalau kad memori penuh, kamu sanggup menyalin pesanan-pesanan itu. Jawapan: Tiada masa untuk kerja-kerja remeh macam ni ... full inbox delete saja la.
27 Selain sering mengelamun, kamu jadi tidak senang apabila dia dilihat dengan orang lain. Kamu jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnnya. Jawapan: Tidak pernah, saya ni dikategorikan sebagai seorang yang sukar untuk cemburu.
28 Setia menunggu dia telefon meskipun dia tidak pernah berjanji mahu telefon. Belum lagi jika benar menelefonmu, sengih kamu itu melonjak-lonjak kegirangan. Jawapan: Kurang pasti pula.
29 Seandainya kamu terbeli dua tiket wayang, hanya nama si dia dalam fikiran dan kamu tidak teragak-agak mempelawanya menemani kamu. Jawapan: Zaman tu masih student lagi, jadi duit pun cukup-cukup untuk diri sendiri.
30 Semua temanmu jadi bingung kerana kamu jadi suka kepada hobi yang dibencimu selama ini gara-gara si dia menyukainya. Jawapan: Tidak pernah pula tengok mereka bingung.
31 Mulut kamu hanya mengatakan teman, kawan dan kenalan sahaja. Padahal hati kamu menjerit lain. Ketika itu kamu berazam membuang perasaan itu dengan delete nombor telefon bimbitnya. Sayangnya kamu hafal nombor itu. Jawapan: Opss ... saya lebih suka berterus-terang.
32 Sebanyak mana kamu pening memikirkan cara bagaimana mengajaknya keluar menonton wayang setelah sengaja membeli dua tiket, di lain masa, kamu juga pasti mencari-cari alasan setiap kali mahu bertemunya. Jawapan: Tidak pernah fikir benda-benda macam ni.
33 Terus-terusan manjakan dia. Kamu sanggup berhabis wang semata-mata membeli hadiah harijadinya. Pastinya hadiah paling hebat dipilih untuknya. Termasuklah hadiah Hari Valentine juga, walaupun dia tidak pernah kata kamulah Valentine dia. Jawapan: Hehehe ... untuk diri sendiri pun tidak cukup pada zaman tu, apa lagi mau belanja orang lain.
34 Kamu terlalu memikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kamu juga jadi terlampau sensitif dan selalu terbawa-bawa emosi pilu. Nah, itulah tandanya kamu telah jatuh cinta. Jawapan: Tidak pernah mimpi ... tapi pernah satu pagi, pada ketika saya membuka mata ... orang yang pertama saya fikirkan ialah si gaman.
35 Selalu memuji segala hal tentang dia. Bibir kamu juga tidak lepas-lepas bercerita tentang dia. Jawapan: Tersangatlah payah mau memuji orang. Kalau sekali memuji memang betul-betul ikhlas.
36 Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya. Jawapan: Saya bukan jenis yang jiwang-jiwang.
37 Satu senyuman dia buat kamu mengira-ngira 1000 maknanya. Ingin sekali kamu tahu perasaan dia kala ini apakah sama denganmu. Jawapan: Orang senyum ... kita senyum balik la, buat apa buang masa fikir di sebalik makna senyuman itu.
38 Rajin SMS bertanyakan khabar dia. Kamu juga cuba-cuba sehari tidak menghubunginya, dengan harapan menunggu apakah dia akan memulakan dahulu. Sekiranya berjaya, sukanya hati kamu tidak terkira. Jawapan: Perkara yang paling saya lembab mau buat ... kecuali betul-betul penting dan perlu.
39 Pura-pura meminjam buku padahal kamu tidak memerlukannya langsung. Kamu juga rela meminjamkan si dia buku padahal kamu belum habis membacanya. Jawapan: Zaman tu kami ambil course berbeza, jadi tidak pernah timbul soal-soal macam ni.
40 Mencari alasan baru supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk pinjam CD baru. Jawapan: CD player pun tiada pada ketika tu, macam mana mau pinjam hehehe.
41 Sebaik sahaja bertembung mata dengannya, wajah kamu merona merah seperti dipanah mentari. Jawapan: Tidak pernah pula.
42 Bermati-matian mencari topik supaya bicaramu tidak mati di situ, basi atau membosankan dia. Jawapan: Tidak perlu, sebab kami selalu beramai-ramai, jadi topik tidak pernah habis.
43 Mencatat semua tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala perihal dirinya dalam diari. Jawapan: Ini kerja orang-orang yang jiwang tahap gaban saja ... saya tidak suka benda-benda remeh macam ni.
44 Gelisah apabila dia tidak online di ruang chat Gmail atau YM atau Facebook. Jawapan: Zaman tu semua-semua ni belum popular lagi. Facebook lagi la belum lahir.
45 Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia mengalami masalah. Jawapan: Tidak pernah pula.
46 Tidak memperdulikan apa jua kekurangan dia. Jawapan: Ya.
47 Tidak mampu melupakan dia sekalipun kamu sudah banyak dikecewakan olehnya. Jawapan: Soalan yang ni tiada kena mengena pula.
48 Kamu betul-betul sedih kalau dia tiada di sisi kala kamu memerlukan perhatian. Jawapan: Tidak perasan pula perkara macam ni pernah berlaku atau tidak pada ketika tu.
49 Kamu jadi wanita paling rajin yang pernah dia temui. Jawapan: Saya memang jenis yang rajin.
50 Sekiranya saat membaca artikel ini kamu tiba-tiba teringat kepada seseorang, maka benarlah, kamu sedang jatuh cinta kepada si dia itu. Jawapan: Kalau pada 7 tahun lepas saya baca artikel ni, kurang pasti pula apa jawapannya.
0 comments:
Post a Comment