Refresh semula saat-saat jatuh cinta








FEBRUARI dan sambutan Tahun Baru Cina merupakan bulan yang paling bermakna bagi kami dua si gaman ... maklumlah kami berkahwin pun pada Tahun Baru Cina yang pada ketika itu jatuh pada 17 Februari 2007.  Siapa sangka, pejam celik pejam celik ... tinggal beberapa hari lagi usia perkahwinan kami genap empat tahun.  



Syukur kerana suka cita dan damai sejahtera dari Tuhan sentiasa mendampingi kami sepanjang tempoh tersebut.  Orang selalu kata, perasaan cinta itu perlu dipupuk setiap hari ... cewahhh ^_^ masuk babak jiwang pula saya ni hehhe ... pada saya, cinta itu sangat subjektif ... setiap individu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.  



Memandangkan FEBRUARI juga merupakan bulan VALENTINE, apa kata kita sama-sama mengimbas kembali bagaimana kita boleh jatuh cinta dengan pasangan kita ^_^ hehehe ... ni gerenti ada yang malu-malu kucing.  Tidak perlu malu-malu la ... saya pun mau refresh semula saat-saat yang orang panggil  penyakit angau.  Sejauh mana tahap angau saya pada ketika itu agaknya ^_^ 






(:  50 Petanda Kamu Sudah Terkena Penyakit Angau  :)





Sekiranya, lebih 10 perkara daripada senarai dinyatakan ini menyerang kamu ... ini bermakna anda disahkan menghidapi penyakit ANGAU.  Lebih 20, maknanya kamu memang cukup angau.  Jika lebih 30, ternyata kamu terlampau angau dan sekiranya lebih 40 perkara, itu bermakna yang kamu angau tahap GABAN ^_^  Ukur tahap angau kamu sekarang.






1 Seperti ada kelainan dalam dirinya yang mahu kamu selami.  Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah kamu temui.






Setiap kali teringatkan dia seperti ada yang mengeletek dalam diri.






Entah mengapa kamu jadi aneh, suka tertawa dan senyum-senyum sendiri.






4  Terlalu kerap mencuri-curi pandang si dia.






5  Kalau matanya tertumpu kepadamu, jantung berdegup kencang.  Tangan tetiba berpeluh.






6  Kalau berdepan dengannya, semua benda jadi tidak keruan dan salah tingkah.






7  Kamu asyik tersasul menyebut nama si dia.  Malah, dah mula berangan-angankan nama anak-anak dengannya nanti.






8  Ingin selalu berada dekat-dekat dengan dirinya.  Seboleh-bolehnya tidak mahu dia hilang dari pandangan.






9  Kamu suka mengelamun dan jadi kaki berangan.






10  Asyik sekali berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia.  Berjalan pun terasa di awangan.






11  Kamu hilang selera makan.  Lapar pun tidak terasa.






12  Tiba-tiba kamu disinggahi penyakit insomnia.  Sukarnya mahu lelapkan mata kebelakangan ini.






13  Diari kamu berisi tulisan-tulisan tentang dia ... dia ... dan dia.






14  Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula.






15  Kamu jadi cerewet mengenai penampilan diri.  Kalau boleh tidak mahu dia lihat kamu tanpa sepalit solekan atau selekeh.  Seboleh-bolehnya kamu mahu dia melihat kamu cantik-cantik selalu.  Tubuh kamu pula semerbak wangi sampai si dia bersin dibuatnya sebaik sahaja mendekatimu.






16  Pantang bertemu majalah, kamu membaca ramalan zodiak kamu dan dirinya.






17  Dia sepatutnya sudah menelefon tetapi talian tidak berdering dan kamu terus-terusan menunggu.  Pada saat itu kamu sudah jatuh cinta.






18  Apa sahaja mengenai si dia kamu ingin tahu.  Bukan sekadar nombor telefon, nombor rumah, malah nombor telefon rumah neneknya juga.  Wah, ni melampau tahap gaban ^_^






19  Sedaya-upaya kamu mendekati sahabat-sahabatnya.  Mahu mencuri jalan senang mendekatinya lagi.






20  Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan dijadikan wallpaper.






21  Jadi hobi pula mengukir namanya di setiap laman kosong.  Nampak nama pun jadilah ...






22  Ada rakan-rakan buat lawak depan kamu pun tapi mata dan perhatian kamu hanya tertuju kepada si dia.






23  Ada unsur-unsur berlagak tidak endah bila dia dekat dengan mu, tetapi apabila dia tiada di depan mata kamu berusaha mencarinya.






24  Kamu lebih senang dengan email atau SMS pendek daripadanya berbanding email  panjang atau bingkisan lebar orang lain.






25  Kalau si dia menyentuhmu, nak pitam rasanya.






26  Dalam telefon bimbitmu, yang tinggal hanya sebarisan SMS daripadanya.  Sedang SMS orang lain mudah sahaja kamu delete selepas sekali membacanya.  Kalau kad memori penuh, kamu sanggup menyalin pesanan-pesanan itu.






27  Selain sering mengelamun, kamu jadi tidak senang apabila dia dilihat dengan orang lain.  Kamu jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnnya.






28  Setia menunggu dia telefon meskipun dia tidak pernah berjanji mahu telefon.  Belum lagi jika benar menelefonmu, sengih kamu itu melonjak-lonjak kegirangan.






29  Seandainya kamu terbeli dua tiket wayang, hanya nama si dia dalam fikiran dan kamu tidak teragak-agak mempelawanya menemani kamu.






30  Semua temanmu jadi bingung kerana kamu jadi suka kepada hobi yang dibencimu selama ini gara-gara si dia menyukainya.






31  Mulut kamu hanya mengatakan teman, kawan dan kenalan sahaja.  Padahal hati kamu menjerit lain.  Ketika itu kamu berazam membuang perasaan itu dengan delete nombor telefon bimbitnya.  Sayangnya kamu hafal nombor itu.



32  Sebanyak mana kamu pening memikirkan cara bagaimana mengajaknya keluar menonton wayang setelah sengaja membeli dua tiket, di lain masa, kamu juga pasti mencari-cari alasan setiap kali mahu bertemunya. 



33  Terus-terusan manjakan dia.  Kamu sanggup berhabis wang semata-mata membeli hadiah harijadinya.  Pastinya hadiah paling hebat dipilih untuknya.  Termasuklah hadiah Hari Valentine juga, walaupun dia tidak pernah kata kamulah Valentine dia.



34  Kamu terlalu memikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Kamu juga jadi terlampau sensitif dan selalu terbawa-bawa emosi pilu.  Nah, itulah tandanya kamu telah jatuh cinta.



35  Selalu memuji segala hal tentang dia.  Bibir kamu juga tidak lepas-lepas bercerita tentang dia.



36  Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta.  Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya.



37  Satu senyuman dia buat kamu mengira-ngira 1000 maknanya.  Ingin sekali kamu tahu perasaan dia kala ini apakah sama denganmu.



38  Rajin SMS bertanyakan khabar dia.  Kamu juga cuba-cuba sehari tidak menghubunginya, dengan harapan menunggu apakah dia akan memulakan dahulu.  Sekiranya berjaya, sukanya hati kamu tidak terkira.



39  Pura-pura meminjam buku padahal kamu tidak memerlukannya langsung.  Kamu juga rela meminjamkan si dia buku padahal kamu belum habis membacanya.



40  Mencari alasan baru supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk pinjam CD baru.



41  Sebaik sahaja bertembung mata dengannya, wajah kamu merona merah seperti dipanah mentari.



42  Bermati-matian mencari topik supaya bicaramu tidak mati di situ, basi atau membosankan dia.



43 Mencatat semua tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala perihal dirinya dalam diari.



44 Gelisah apabila dia tidak online di ruang chat Gmail atau YM atau Facebook.



45  Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia mengalami masalah.


 


46  Tidak memperdulikan apa jua kekurangan dia.  






47  Tidak mampu melupakan dia sekalipun kamu sudah banyak dikecewakan olehnya. 






48  Kamu betul-betul sedih kalau dia tiada di sisi kala kamu memerlukan perhatian.






49  Kamu jadi wanita paling rajin yang pernah dia temui.  





50  Sekiranya saat membaca artikel ini kamu tiba-tiba teringat kepada seseorang, maka benarlah, kamu sedang jatuh cinta kepada si dia itu.



































0 comments: