Kapal Miniatur Berlabuh Di Pustaka Negeri Sarawak




Salah sebuah kapal miniatur yang dipamerkan


Tiga buah kapal miniatur yang dipamerkan dilobi Pustaka Negeri Sarawak berjaya
menarik perhatian sesiapa  sahaja yang berkunjung di sini termasuklah kami dua si gaman yang sebenarnya bertujuan untuk melihat 'Remembering Anthony Exhibition' pada Selasa lepas.  Jadi 'sambil menyelam minum air' sempat jugalah kami dua si gaman
menyibuk mengambil gambar semata-mata untuk dijadikan bahan cerita di
blog ini.






Rekaan yang begitu halus & memerlukan ketelitian


Memiliki
reka bentuk kapal layar zaman dahulu kala, perincian setiap cantuman
objek mini yang begitu teliti menjadikan ianya kelihatan seperti kapal layar
sebenar.  Jika diamati dengan teliti, kapal miniatur  bersaiz lebih satu meter ini hanya diperbuat daripada
kepingan-kepingan kayu kecil pencungkil gigi, benang halus dan bahan-bahan terbuang.







Kapal miniatur bersaiz lebih kecil


Sementara kapal miniatur yang paling kecil ini pula membuatkan kami dua si gaman sampai terbongkok-bongkok
untuk mengintai setiap perincian di dalamnya.  Kagum la katakan ...
mesti orang yang membuat benda-benda seumpama dan sewaktu dengannya ini
mempunyai kesabaran tahap gaban.







Tolong promosi :) Sekiranya berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi nombor tersebut








#Sedang berfikir-fikir kemahiran seni kraftangan yang mampu dijadikan alat untuk menjana pendapatan tambahan.








2 comments:

wa khairul onggon said...

Kapal Rajahmas sekdo kah? hehe.. :P

MyGamanBorNeo said...

@wa khairul onggon hahaha ... tidak cukup tempat utk berlabuh :)