Teknik Menjana Idea Penulisan Blog




Parking fees: Antara kos yang perlu ditanggung untuk mencari idea penulisan blog


Tiada idea untuk update blog? Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh semua blogger.  Selalunya, kalau ketandusan idea saya akan mencari berita-berita sensasi untuk diulas tapi bila selalu buat macam tu boring juga.





Kemudian, secara dengan tidak tiba-tiba saya bertemu dengan satu teknik yang paling berkesan untuk aktiviti update meng'update blog ini iaitu dengan cara menjadi seorang 'Wartawan Blog'.  Saya cuma perlu melantik diri sendiri sebagai wartawan tidak berbayar untuk mengutip dan mengumpul maklumat dan seterusnya disiarkan kepada umum menerusi media online ini.





Wah, seharian pada Jumaat menghabiskan masa di luar memang agak berbaloi juga kerana berhasil mengumpulkan beberapa bahan untuk diceritakan di blog ini.  Jadi, tunggu dan lihat pada update-update yang akan datang.












1 comments:

samizul.net said...

Waa inisiatif yang bagus ni. Moga berjaya bro! Aku jarang tiada idea ni malah melimpah2 ja dalam ruang fikiran. Cuma masa n upaya ja yang selalu membataskan, ehe. Lebih2 lagi bila ada cerita/benda yang lebih okay mahu disampaikan. Tertangguh lagi idea lama, ehe. Kalau banyak membaca n biar fikiran menerawang, memang terlatihlah tu idea mencurah2.. d(^^,)