MyGamanBorneo Ke BHR Padawan Nature Challenge '11


Lupakan aktiviti santai di panggung wayang atau pusat hiburan pada 3 Julai ini.  Apa kata, bawa pasangan anda menyertai BHR Padawan Nature Challenge 2011.  Uji dan buktikan keserasian anda serta pasangan anda sebagai satu pasukan!





Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 27 Jun 2011 ini.  Hantar penyertaan anda segera ke Borneo Highlands Resort Sales & Management Office Ground & 1st Floor, Lot 11607-11608, Block 16, RH Plaza, Lorong Lapangan Terbang 1, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.  (Opposite Four Points by Sheraton Kuching Site).





Program ini merupakan anjuran bersama Ma­jlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Bor­neo Highland Resort (BHR) dan akan berlangsung pada 3 Julai bertempat di Kampung Annah Rais dan BHR.  Program ini turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online. Sebanyak
empat kategori yang dipertandingkan iaitu Cabaran MPP Chairman, Cabaran
Malta Penrissen Summit Trekking, Cabaran Batu Panggah dan Cabaran
Kalimantan View Trekking.  Selain sijil penyertaan kepada semua peserta,
hadiah berupa wang tunai berjumlah antara RM50 hingga RM4,000
bakal menanti para pemenang.





p/s:  Penyertaan saya dan si gaman untuk menyertai cabaran
Malta Penrissen Summit Trekking (15 kilometer) di bawah tiket Sarawak Bloggers telah disahkan.  Jumpa di sana!













  

6 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Good luck untuk Malta Penrissen Summit Trekking! Mesti siukk tu. :)

# wordless wednesday #4 #

MyGamanBorNeo said...

@Fadzmie Mohamad TQ. Semoga kami dpt menamatkan cabaran di garisan penamat ^_^

Aki said...

jangan ko lupa tangkap gambar berabis ah Sis.. ^_^.v..

MyGamanBorNeo said...

@Aki ui nah mimang berabis la ni kali mengambil gambar. harap sempat posing hehhe :)

Aki said...

mimang sempat punya tu Kak.. jan ko susah.. ^_^.v..

MyGamanBorNeo said...

@Aki bah, tunggu kio pengalaman kami mengharungi cabaran trekking 15km lepas 3 julai nanti :)