Pusat Pameran Persatuan Kayu Kayan Sarawak




Pusat Pameran Persatuan Kayu Kayan Sarawak


Pada Jumaat lepas, ketika mengikut si gaman berurusan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Wisma Sarawak Timber Association (STA), saya mengambil kesempatan membuat lawatan sambil belajar di STA Exhibition Centre.  Sebenarnya aktiviti lawatan sambil belajar masih relevan untuk golongan dewasa dan bukan hanya untuk pelajar.






Keratan batang kayu kapur antara yang dipamerkan


Difahamkan, pusat ini telah ditubuhkan untuk mempamerkan produk dan kerja yang dilakukan oleh ahli-ahlinya. Ia
juga berfungsi sebagai pendidikan dan promosi yang memfokuskan isu-isu
berkaitan dengan hutan dan industri perkayuan di Sarawak.







Inilah pertama kali melihat benih kayu belian bersaiz sebesar lengan saya


Terletak di Aras 4 Wisma STA, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Kuching, pusat
yang berkeluasan 460 meter persegi ini dibuka untuk kunjungan pada
setiap Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi - 12.30 tengahari/ 1.30 petang -
4.30 petang), sementara pada Sabtu pula dibuka dari jam 9.00 pagi hingga
12.00 tengahari.  Masuk adalah percuma.







Mengenali jenis-jenis kayu


Selain
pameran fizikal seperti keratan, sampel dan produk berasaskan
kayu-kayan,  pusat ini juga turut menyediakan kiosk maklumat dan paparan
skrin plasma
untuk menunjukkan maklumat bergambar dan video hutan, kepelbagaian
biologi, aktiviti huluan dan hiliran.
Pusat
ini juga mempunyai dua Multimedia and Research Information Assistant
(MARIA) yang membolehkan penyelidik untuk mengakses maklumat lama atau yang terkini.











Pameran Biodiversiti

Lebih menarik lagi, pusat ini juga turut mempamerkan pelbagai peralatan tradisional berasaskan kayu seperti pengisar beras, pemerah tebu dan pelbagai alat muzik tradisional etnik Sarawak.  Malah ada di antara peralatan tradisional yang dipamerkan di sini belum pernah saya lihat sebelum ini.  Nantikan  kisah lawatan sambil belajar di pusat ini pada segmen seterusnya.








 

2 comments:

♥Princess Delliza♥ said...

sediakn shoutbox...senang nk berkomen. =)

MyGamanBorNeo said...

@♥Princess Delliza♥ shout box ada di tepi sebelah kanan Ads> Language> Chat Box :)