Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2011 KM Sarawak




Orang awam beratur panjang


Ini merupakan kali ketiga saya berkunjung ke Pusat Konvensyen Borneo
Kuching (BCCK), sementara si gaman pula sudah berkali-kali berkunjung ke
sini.  Ini merupakan pengalaman kali kedua kami dua si gaman berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka
Hari Raya Ketua Menteri Sarawak, kali pertama adalah pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada tahun 2010.






Ketibaan TYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin


Malas untuk berasak-asak dalam barisan yang panjang, kami dua si gaman seperti biasa akan sentiasa cuba memanfaatkan masa untuk mengambil gambar situasi.  Antara yang berjaya kami rakamkan ialah ketibaan TYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.







Ketibaan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud


Lensa kamera model lama Canon Power Shot A400 kami turut berjaya merakamkan gambar Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang tiba sejurus selepas ketibaan TYT.  Paling mencuri tumpuan ialah isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib. 
Malang sekali kami tidak sempat untuk mengambil gambar isteri beliau. 






Orang awam yang sabar menanti kebenaran masuk


Selain itu, antara situasi yang menarik ialah suasana agak tenang walaupun orang ramai terpaksa menanti lebih setengah jam dalam keadaan berasak-asak sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.







Ikut barisan!


Soal hidangan yang disediakan bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak 2011 ini, semuanya teratur dan orang ramai hanya perlu mengikut Barisan dan giliran.  Adil dan saksama.






Menu rakyat 2011


Menunya pula kelihatan lebih kurang sama dengan menu majlis rumah terbuka hari raya pada tahun 2010 iaitu mee goreng dan beberapa jenis biskut dan kek serta minuman berkarbonat.







Menu rakyat 2010


Hidangan cukup ringkas untuk rakyat.  Nampaknya untuk tahun 2012 bakal berjumpa dengan menu rakyat yang sama







Suasana di dalam dewan


Gambar di atas pula merupakan suasana di dalam dewan.  Para pengunjung turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya dan patriotik bersempena dengan sambutan berkembar Hari Raya yang jatuh pada bulan Kemerdekaan ke-54.







Bergambar kenangan :)


Sebelum balik, wajib untuk bergambar kenangan sebagai penutup diari jalan-jalan kami dua si gaman bersempena cuti hari raya.







Nasi Ayam


Dalam perjalanan balik selepas dari majlis rumah terbuka hari raya di BCCK, kami dua si gaman singgah di kedai makan dulu untuk mengisi perut untuk sesi makan tengahari dengan menu nasi ayam








2 comments:

Armstrong said...

Wa ada comparison lagi ka 2010 punya menu sama 2011 punya menu? Hehee cool o.

Kalo berdasarkan itu gambar, last year ko diet kan. Wakakaa jaz kiddin.

Adui macam dalam ikan sardin o sia nampak gitu banyak urang LOL.

Ba gaman, happy Friday ya?

MyGamanBorNeo said...

@Armstrong wakakaka ... tis year ada kawan yg ajak kami dua n tujuan utama mau tengok isteri muda KM sarawak tp syg x sempat ambil gambar sbb cepat betul dorang bergerak.