Senyuman Mangkuk Laksa Sarawak




Senyuman Mangkuk Laksa


Pagi tadi, dalam keadaan sakit gigi pun sempat juga  saya bawa si gaman singgah untuk breakfast laksa sarawak kegemaran kami di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Macam yang pernah saya ceritakan, dalam seminggu WAJIB sekurang-kurangnya sekali makan laksa di sini.  Kalau tidak, memang rasa hidup tidak sempurna konon-kononnya ^_^







Laksa Medium RM5.00


Bila sekali seminggu makan laksa, maknanya kenalah order yang mangkuk medium berharga RM5.00 semangkuk.  Itu taukeh pun memang sudah tersangat-sangat kenal 'muka laksa' kami dua si gaman, cuma sebut "Taukeh, laksa dua lima" (maksudnya, laksa RM5.00 dua mangkuk) gerenti dia faham punya.





p/s:  Gigi tidak dapat dicabut menggunakan kaedah biasa :( saya dinasihatkan merujuk kepada Klinik Pergigian Kerajaan untuk menjalani pembedahan kecil.  Nampaknya, terpaksa bergantung kepada pain killer saja la sehingga Isnin :(













2 comments:

Armstrong said...

Adui ok suda ka gigi ko...?

And tu laksa? Adui, punya la nda adil. Banyak juga tu daripada semua laksa-laksa yang sia pernah makan hahaa.

MyGamanBorNeo said...

@Armstrong ini laksa paling best di Kuching yg pernah saya rasa setakat ini hehehe. Gigi belum ok, masih makan pain killer. Next monday pegi operate.