Dekorasi Krusye Untuk Tandas


Seni mengait krusye merupakan satu-satunya kemahiran kraftangan yang saya miliki dan selain sanggup berhabis duit untuk buku, majalah, laksa sarawak, kek keju & coklat, saya juga sanggup berhabis duit untuk hobi krusye ini. 








Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir mengait krusye
untuk hiasan di tandas seperti gambar-gambar ini.  Kalau saya buat
tandas di rumah macam ini gerenti saya sendiri tidak mau pakai sebab bimbang akan mengotorkan krusye.








Lagi pula, tandas kita orang asia susah mau kering kerana faham-faham sajalah, di situlah tandas di situ jugalah tempat mandi.  Jadi dekorasi seumpama dan sewaktu dengannya memang tidak sesuai.








Tapi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadikan tandas di rumah mereka seceria seperti gambar-gambar ini, jangan ragu-ragu untuk membuat tempahan daripada saya hehehe ...  Pilih saja pattern yang mana satu, saya akan buat dan harga boleh runding.  Ada siapa-siapa yang berminat?  ^_^









Penggemar seni mengait jarum satu krusye, boleh dapatkan koleksi pattern-pattern percuma di blog Walai Krusye.

2 comments:

Coffee Girl said...

Hi! Nice blog. Congrats on being featured in Utusan Sarawak! Krusye ya macam renda kah? Sik i tauk namanya krusye. nice.

*followed you!*

Jaw'S @ MyGamanBorNeo said...

@Coffee Girl Thanks & tahniah untuk kamu juga sebab featured di New Sarawak Tribune.

Krusye (crochet) ni biasa orang panggil renda la kalau di Sabah/Sarawak.