Koleksi benang baharu |
Selamat Hari Ahad. Beberapa hari ini saya agak sibuk dengan projek krusye dan cerita projek krusye terbaharu saya kali ini ialah mengait 'Granny Square'. Kelmarin sahaja saya telah menghabiskan lebih RM30 untuk membeli benang Acrylic
bersaiz 2.5SMM. Tidak sangka pula harga benang kait sekarang semakin
mahal. Semua harga barang naik.
Jarum dua mata bersaiz 5/0 dan 6/0 |
Jarum yang saya gunakan sahaja sudah berharga RM7.90, mahal betul tapi
memandangkan benang yang saya beli bersaiz besar jadi terpaksa juga
membeli jarum kait baharu. Jarum kait ini mempunyai dua mata kait
bersaiz 5/0 dan 6/0.
Granny Square bersaiz kira-kira 8.5 cm |
Saya sengaja beli 'rug yarn' supaya motif 'granny square' yang
dihasilkan besar, tapi tidak sangka pula agak sukar juga untuk mengait
benang yang bersaiz besar. Sakit juga jari-jemari, lagi pula ini kali
pertama saya mengait menggunakan benang dan jarum kait bersaiz besar.
Tapi hasilnya agak memuaskan kerana sekeping sahaja bersaiz kira-kira
8.5 sentimeter.
Cantuman 'granny square' |
Saya sebenarnya kurang gemar mengait 'granny square' kerana motif jenis
ini memerlukan penggabungan beberapa warna benang dan saya kurang mahir dalam
soal-soal menggabungkan warna. Ini 'granny square' pertama yang berjaya
saya siapkan. Saya bercadang untuk membuat 'sesuatu' daripada
cantuman-cantuman 'granny square' ini nanti. Bagi peminat seni krusye, boleh dapatkan koleksi pattern percuma di Walai Krusye.
2 comments:
Wah...depan laptop buat kerja tu? hebat ni...
@Willie a.k.a Reptoz hahaha ... sambil tengok crochet pattern online bah tu.
Post a Comment