Waffle Gaya Malaysia


Biasanya waffle disapu dengan mentega, mentega kacang, kaya, susu pekat atau madu.  Tapi waffle yang hendak saya ceritakan ini sangat berbeza daripada waffle yang biasa kita makan kerana ianya berintikan rendang ayam ataupun satay ayam.






Waffle gaya kita orang


Kami dua si gaman mencuba waffle rendang ayam dan rasanya memang sedap serta mengenyangkan! Waffle ini boleh didapati di stall Magic Bite, Kuching Sentral dan
terdapat dua pilihan iaitu waffle rendang ayam dan waffle satay ayam. 







Staff Magic Bite


Penyediaannya lebih ringkas berbanding burger, roti john dan kebab kerana waffle tersebut hanya
perlu diletakkan dengan hirisan salad, rendang atau satay dan mayonis.  Sekali lagi saya katakan rasanya memang sedap terutamanya dimakan ketika masih panas-panas ... tidak percaya? ... cuba dulu baru tau ^_^









Magic Bite, Kuching Sentral


Mungkin ini akan menjadi salah satu sebab untuk kami sering datang ke Kuching Sentral.  Bagi sesiapa di sekitar Kuching yang belum pernah mencuba waffle istimewa ini bolehlah buat aktiviti jalan-jalan cari makan di Kuching Sentral selain shopping.

4 comments:

cyrildason said...

Muka si pembuat waffle tu ba.. mcm dia bilang "Tinguk apa?" hahaha

-cyrildason.com

Jaw'S @ MyGamanBorNeo said...

@cyrildason hahaha ... nasib waffle yg dia prepare sedap.

Fadzmie Mohamad said...

Ahhh. Tekanan saya tengok tu gambar waffle. Ada di Sabah ka ni Magic Bite ni? Mau dicari ni tau. Haha.

Jaw'S @ MyGamanBorNeo said...

@Fadzmie Mohamad nda tau pula kalau ada di Sabah. Saya pun baru jg tjumpa waffle rendang.