Mesin Jahit Terkecil Di Dunia


Rasa-rasanya inilah mesin jahit terkecil di dunia.  Sangat-sangat inovatif orang yang mereka mesin jahit mini seperti gambar di bawah.  Saya fikir gerenti orang tersebut sudah jadi jutawan sekarang ♥‿♥ 








Mesin jahit mini


Bagi yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin jahit yang sempurna, mesin jahit mini ini rasanya sudah mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit yang kecil.  Mesin jahit mini sebesar staple inilah yang saya gunakan untuk projek-projek kecil kraftangan saya.








Sebesar staple


Mesin jahit mini ini saya beli pada pertengahan April lepas di kaki lima kedai India Street, Kuching. Mula-mula tengok benda ni rasa tidak percaya pun ada sebab tidak pernah terlintas difikiran akan melihat mesin jahit sekecil ini di depan mata.  Sebelum ini cuma pernah nampak mesin jahit mini sebesar mesin pengadun kek/biskut berharga RM100++






Close up pix


Walaupun nampak simple tapi perlu kemahiran dan kesabaran juga mengendalikan mesin jahit mini ni, cara menggunakannya sama seperti staple.  Menjahit sepanjang 10cm pun sudah cukup melenguhkan tangan, sudah namanya mesin jahit mini jadi jahitan pun kenalah 'mini' ♥‿♥ 




2# Kedai Krusye: Granny Square Purse (Pink)




Harga: RM20.00 / Saiz: 9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)


GRANNY SQUARE PURSE

Berzip / Lining menggunakan kain felt.

Warna: Pink

Saiz: 9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)

Harga: RM20.00 TIDAK termasuk kos penghantaran.



  Terma & Syarat:

1. Penghantaran hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima.

2. Penghantaran menggunakan pos laju setiap Isnin & Khamis.

3. Barang yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.


4. Barang dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar dan
pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan
semasa proses penghantaran.




  Pos Express:


RM4.50 seluruh M'sia.



  Pos Laju:

Peninsular M'sia: RM8.60

Sabah: RM8.00

Sarawak: RM6.00


Perpustakaan Mini Di Rumah Saya


Memiliki sebuah perpustakaan mini di rumah sendiri merupakan salah satu impian saya sewaktu kecil dahulu,dan inilah perpustakaan mini di rumah saya.  Selain membaca, di perpustakaan mini inilah saya menghabiskan
kebanyakan masa terluang
melayan aktiviti melayari internet.  Saya percaya, tidak ramai yang memiliki perpustakaan mini di rumah sendiri, perpustakaan mini saya ni pun sebahagiannya merangkap stor ^_^






Perpustakaan mini di rumah saya






Antara koleksi novel







Majalah Dewan Masyarakat








Majalah kegemaran saya








Koleksi buku karya penulis tempatan





Handmade by Jawlinda (Walai Krusye) @ Facebook


Semalam, dengan rasminya saya telah melancarkan kedai krusye online saya di Facebook seperti yang dicadangkan oleh Amy, customer online saya yang pertama ^_^ menurut Amy, lebih mudah jika di FB.  Kalau diikutkan, saya sebenarnya lebih menghadap blog berbanding FB.  Nampaknya lepas ni kena bahagikan masa sama rata untuk BLOG dan FB.  Jadi mari Like ... Like ... Like FB page saya ^_^





Busy Mengait Kasut Bayi






Crochet baby booties


Saya sekarang agak busy menguruskan dan menyediakan tempahan daripada customer online antaranya rakan-rakan FB dan juga customer dari mudah.my yang berminat membeli kasut-kasut bayi yang dihasilkan menggunakan teknik krusye iaitu teknik mengait jarum satu.  Tapi tidak sangka pula satu-satunya kemahiran kraftangan yang saya miliki kini mampu menjana pendapatan.  Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan?  Boleh hubungi saya dan layari blog Walai Krusye saya untuk melihat projek-projek krusye yang telah saya hasilkan.



Alkisah Saya & Pakcik Tukang Potong Rumput


Semakin jarang-jarang pula saya meng'update' blog.  Selain diserang wabak malas-malas gara-gara wabak 'no idea', sebenarnya saya busy menguruskan blog Walai Krusye dan menyiapkan tempahan krusye daripada pelanggan.





Baiklah, hari ini saya mau update blog dengan satu kisah yang saya rasa lucu berlaku kelmarin (Jumaat) di antara saya dan pakcik tukang potong rumput.  Sebenarnya, walaupun sudah lebih lima tahun menetap di Sarawak tetapi kebanyakan orang di sini selalu ingat saya orang Indonesia.  Mungkin gara-gara dialek orang Sabah bertutur dianggap sama dengan dialek orang Indonesia.





Alkisah perbualan saya dengan si pakcik tukang potong rumput yang membuatkan saya sehingga hari ini masih geli hati.





Tukang potong rumput:  Kamu orang Indon ka?


Saya:  Bukan.


Tukang potong rumput:  Jadi kamu orang apa?


Saya:  Sabahan.


Tukang potong rumput:  Benar ka?  kitak macam orang Indon. (Bahasa Melayu Sarawak).


Saya:  Hehehehe ... baguslah, yang penting pakcik tidak tingu saya macam orang utan (Nada bergurau).





Lepas saya jawab macam tu, terus si pakcik berhenti bertanya dan menyambung balik buat kerja dia potong rumput di sekeliling rumah kami.  Saya pun tidak terfikir jawapan macam tu keluar dari mulut saya, tapi sekurang-kurangnya dia tidak banyak tanya lagi ^_^





*Tidak kisah dianggap macam orang Indonesia sebab kita sama manusia juga.  Cuma ramai yang tidak sedar bahawa tinggi rendah nilai mata wang sesebuah negara itu yang mempengaruhi persepsi kita.



1# Kedai Krusye: Granny Square Purse (Brown)





Harga: RM20.00 / Saiz:  9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)

Memandangkan ramai sangat yang buka kedai kraf online di blog, jadi hari ini saya pun mau join sekaki  untuk promosi salah satu hasil kraf saya yang dihasilkan menggunakan seni mengait jarum satu atau krusye (crochet).  Ada sesiapa berminat?







Boleh muat untuk menyimpan handphone, duit, pen, dll

Granny square purse ini merupakan salah satu projek krusye saya. 
Sebenarnya, kebanyakan projek mengait jarum satu saya update di blog Walai Krusye.  Sekiranya ada sesiapa berminat untuk membeli bolehlah klik untuk menghubungi saya.






GRANNY SQUARE PURSE

Berzip / Lining menggunakan kain felt.

Warna: Brown

Saiz: 9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)

Harga: RM20.00 TIDAK termasuk kos penghantaran.



Terma & Syarat:

1. Penghantaran hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima.

2. Penghantaran menggunakan pos laju setiap Isnin & Khamis.

3. Barang yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.


4. Barang dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar dan
pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan
semasa proses penghantaran.




Pos Express:


RM4.50 seluruh M'sia.



Pos Laju:

Peninsular M'sia: RM8.60

Sabah: RM8.00

Sarawak: RM6.00





Tajuk Esei Kenegaraan 2012 Mencabar


Tahun ini kononnya ingin menyertai Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.  Tapi bila membaca kelima-lima tajuk peraduan kategori orang awam (Bahasa Melayu) rasa ingin membatalkan niat pula.  Semua tajuk sangat-sangat mencabar, rasa tidak yakin pula dapat mengumpul maklumat mencukupi untuk menghasilkan sebuah esei yang berkualiti.


 


1. Perjalanan menuju Wawasan 2020, di mana kita sekarang? : Satu analisis.
WAWASAN 2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) pada tahun 1991. Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Pada pendapat anda di mana negara berada sekarang dalam perjalanan menuju tahun 2020 dan mampukahnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan?



2. SCORE (Koridor Tenaga Yang boleh Diperbaharu Negeri Sarawak) lubuk pekerjaan.
SCORE menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sarawak khususnya lepasan sekolah. Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Negeri Sarawak untuk memastikan rakyatnya dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya. Bagaimana rakyat Sarawak boleh diberi kesedaran mengenai peluang-peluang ini? Huraikan dan bincangkan dengan memberi contoh-contoh tertentu untuk menyokong hujah-hujah anda.



3. Pembangunan Modal Insan Pemacu Pembangunan ke arah Wawasan 2020.
Pembangunan Modal Insan seperti yang ditekankan dalam Bajet 2011 memainkan peranan kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Huraikan strategi-strategi yang digunakan oleh Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan modal insan negara. Pada pendapat anda apakah peranan rakyat terutamanya belia untuk memperkasakan pembangunan modal insan khususnya untuk memastikan kejayaan SCORE (Koridor Tenaga Yang boleh Diperbaharu Negeri Sarawak). Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan SCORE mampu menarik minat dan perhatian belia supaya cenderung untuk merebut peluang pekerjaan di bawah SCORE?



4. Konsep Malaysia Inovatif Jentera Transformasi Ekonomi Negara.
Konsep Malaysia Inovatif dilancarkan pada tahun 2010 dengan tujuan untuk menjadikan budaya inovasi sebagai penggerak pembangunan ekonomi negara. Huraikan konsep ini dan bagaimanakah ia mampu menjadi jentera transformasi ekonomi negara.



5. Dasar Transformasi Nasional Payung Transformasi Negara.
Kesemua program transformasi kerajaan bernaung di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang berkuat kuasa mulai 2011 hingga 2020. Bincangkan semua aspek yang terkandung dalam DTN dan impak-impaknya kepada pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.