Saya ni memang salah seorang yang mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian walaupun tidak 100%. Antara amalan 3R yang saya fikir telah saya amalkan sejak berpuluh tahun lamanya ialah ialah menggunakan semula beg plastik terpakai untuk membungkus sampah ♥‿♥
|
Pembungkus sampah |
Mengguna pakai semula botol-botol plastik untuk menyimpan air seperti ni pula rasanya memang amalan 3R paling popular di kalangan kita semua. Biasanya kalau sudah tidak boleh dipakai, gerenti jumpa tong sampah la semua botol-botol ni sebab di Kuching ni tiada pusat kitar semula yang membeli botol plastik macam pusat kitar semula di Sabah.
|
Guna semula untuk menyimpan air |
Tapi kali ni saya akan cuba jadikannya pasu untuk menyemai sayur macam idea yang saya dapat selepas berkunjung ke gerai pameran
go-go-green pada Ahad lepas. Sebelum ni pernah tanam dalam bekas botol minyak masak tapi tidak menjadi. Nanti saya akan gunakan tanah kompos seperti yang mereka gunakan.
|
Kontena terpakai |
Kontena-kontena ni memang banyak dan kebanyakannya sudah saya beri dengan saudara-mara terdekat. Biasanya orang perempuan saja yang suka simpan benda-benda macam ni, senang sikit kalau ada sesi tapau menapau makanan. Tidak perlu mengorbankan kontena-kontena yang cantik di rumah. Paling penting not returnable hehehe ...
|
Balang kaca |
Botol kaca ... saya jarang beli barang makanan dalam botol kaca. Biasanya beli yang refill saja sebab lebih murah. Jadi ni sajalah koleksi botol kaca yang ada di rumah ketika ni. Ni kira mengamalkan konsep 3R juga sebab bahaya buang benda-benda kaca sembarangan nanti boleh mencederakan orang lain.
|
Bekas botol madu |
Botol-botol madu ni kadang-kadang macam menyemakkan dapur saja, tapi tetap disimpan sebab takut ada kegunaannya nanti. Salah satu daripadanya saya gunakan untuk menyimpan detergent untuk mencuci kain dapur di singki.
|
Bekas biskut |
Bekas-bekas biskut ni pula, saya gunakan semula untuk menyimpan ubat-ubatan. Hasilnya, dapat menjimatkan ruang dan tidak berselerak. Bekas-bekas yang lain tu tunggu giliran saja untuk dimanfaatkan ♥‿♥
|
Kotak sampah bilik tidur |
Kotak sampah ni pula antara barang recycle yang paling lama di rumah ni. Usianya hampir mencecah 6 tahun. Rasanya ini cukup membuktikan bahawa saya ni memang menerapkan amalan 3R dalam kehidupan seharian ♥‿♥ Kamu orang pula macam mana?
|
Penutup padlock |
Penutup padlock menggunakan botol plastik ni pula merupakan idea kreatif si gaman. Tujuannya untuk mengelakkan padlock tersebut rosak terkena hujan. Jadi, sepanjang lebih lima tahun kami menetap di Kota Samarahan ni, selama tu jugalah padlock ni turut mempunyai rumah ♥‿♥