Kebaikan tidur siang




"SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.  Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat sejak dahulu.  Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap."  Ini merupakan salah satu petikan daripada rencana info kesihatan yang saya perolehi daripada Utusan Malaysia Online.




Selain itu dinyatakan juga telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.  Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.




Nampaknya si Putih mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu memanfaatkan waktu tengah hari untuk tidur ^_^.  Tapi masalahnya, si Putih ni bukan setakat tidur tengah hari saya, boleh dikatakan cuma beberapa jam saja si Putih ni berjaga ... pada kebanyakan masa si Putih lebih suka melayan mata ^_^







0 comments: