Wow wee ... nampaknya penulis-penulis blog versi English lebih menonjol dalam FB Sabahan Blogger dan FB Sarawak Blogger ... mana pergi blogger-blogger seumpama dan sewaktu dengan saya ni? Main tapuk-tapuk kali dorang ni. Barangkali ada yang malu-malu tekuyung mau promo blog dorang ... maklum la ada yang mengatakan blog yang menggunakan Bahasa English lebih ‘class’ berbanding blog versi Bahasa Malaysia ... mmm betul ka? Itu pendapat peribadi mereka ... apa yang mereka mau cakap dan fikir bukan kita dapat kontrol pun ^_^
Cerita pasal betapa class yer penggunaan Bahasa English dalam blog ni, saya pun add la Google Translate ... kunun-kununnya untuk menjadikan blog lebih mesra pengunjung ^_^ ... paling penting semua jenis bahasa ada dan terpulang kepada pengunjung blog untuk memilih bahasa yang mereka suka ... jangan kata English ... bahasa Cina, India, Arab, Jerman, Hindi, Greek dan macam-macam lagi pun ada ... just select your language.
Not bad juga la, ada juga sorang dua dari USA berkunjung ke blog saya ^_^ ... dipanjangkan cerita, tiba-tiba pagi tadi saya terfikir untuk menterjemahkan blog saya dari BM kepada English menggunakan Google Translate ... saja mau tengok kalau boleh difahami atau tidak. Bila tengok saja blog dalam versi English ... adoiii ... syukkkk sendiri ketawa dan memang rasa mau tergulik-gulik saja ^_^ tapi kira ok juga la, at least boleh juga difahami ... Cuma tidak dapat dikategorikan sebagai broken english ...
Apa-apa pun, saya bangga jadi anak Malaysia ^_^ ... mesej sempena Bulan Kemerdekaan dan tidak perlu timbul perasaan rendah diri sekiranya menjadi seorang penulis blog dalam versi BM. Gunakan kelebihan yang kita ada dan tidak perlu menjadi orang lain ... dikhuatiri nanti anda berada dalam situasi seperti BM kena direct translate pegi BI ^_^
0 comments:
Post a Comment