Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT Sarawak









 Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak



Pada 10 September lepas, kami dua si gaman bukan sekadar berkesempatan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari raya pertama.  Selepas
dari majlis rumah terbuka Ketua Menteri Sarawak, kami dua si gaman pun
mengambil keputusan untuk pergi menghabiskan masa di kawasan kompleks
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru sementara menunggu jam
6.00 petang (temujanji untuk berhari raya di rumah seorang rakan).
















Wow ... pemandangan di sekitar kompleks DUN Sarawak yang baru memang cukup cantik, bagaimana pun kompleks ini tidak dibuka untuk kunjungan orang awam.  Untuk rekod, perasmian gilang gemilang DUN baru ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009.  Seperti biasa, kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.







Pemandangan dari jeti

Dalam sibuk-sibuk mengambil gambar-gambar menarik di sekitar kompleks DUN Sarawak, sesuatu telah mencuri tumpuan kami dua si gaman ... macam ada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Astana Negeri Sarawak pula apabila kelihatan orang awam keluar masuk dari kawasan Astana.  Wah ... memang sah ada majlis rumah terbuka dan siapa yang mahu melepaskan peluang keemasan untuk memasuki kawasan Astana ^_^  Agak ragu-ragu juga sebab kami dua si gaman tidak pula terbaca mengenai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT di suratkhabar ... bagaimana pun perasaan ragu-ragu tersebut sedikit lenyap apabila kami disambut dengan ramah di gerbang Astana.










Ketika di Dewan Besar Astana, sekali lagi perasaan ragu-ragu muncul apabila melihat suasana yang cukup ekslusif di dalamnya ... terlintas di fikiran ... “betul ka hari ni open for public, nampak ekslusif saja ... macam untuk orang-orang kenamaan saja pula?”  ... dan sekali lagi kami mendapat layanan mesra daripada orang-orang Astana, kami dijemput untuk menjamu selera.  Perasaan bertambah lega apabila melihat terdapat beberapa lagi orang awam yang berpakaian biasa seperti kami di dewan tersebut ^_^ Dalam pada kami dua si gaman menjamu selera, sempat juga kami mencuri-curi pandang ke arah TYT dan isterinya yang sibuk bersalaman dan bergambar dengan tetamu yang datang.













Mmmm ... ada peluang ka kami dua si gaman bergambar dengan TYT? ... jeng ... jeng ... jeng ... dan si gaman dengan muka satu sen meminta bantuan daripada orang astana yang berdiri berhampiran dengan TYT untuk mengambil gambar (tengok gaya ... macam pengawal peribadi TYT saja ^_^) ... Yes!!! Boleh kata mereka.  Sekali lagi si gaman menjual muka satu sen nya dengan meminta kebenaran daripada TYT untuk bergambar bersama .... YAHOOOOOOOOO !!!!!!!!!!!!!! Betul-betul tidak sangka TYT sudi bergambar dengan orang awam seperti kami ... agak terharu juga dan macam dalam mimpi pula dapat bergambar bersama.  Mungkin ada yang tidak percaya pengalaman yang kami dua si gaman lalui ... gambar ini menjadi bukti ^_^







Gambar bersama TYT Sarawak




Nah ... sekarang sudah percaya kan ^_^ ... macam orang kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, memandangkan peluang memasuki astana  bukan selalu datang ... jadi kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar-gambar menarik di kawasan astana.  Antara yang menarik perhatian saya ialah kek-kek yang dihadiahkan oleh orang-orang kenamaan di Sarawak. 







Hadiah berupa kek daripada orang-orang kenamaan di Sarawak kepada TYT




Lobi Dewan Besar Astana Negeri Sarawak














Cerita mengenai  Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Astana Negeri Sarawak belum habis lagi,  setiba kami dua si gaman di rumah ... saya terus cari maklumat di internet sekiranya ada berita mengenai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.  ^_^ ini maklumat yang saya jumpa di internet ... alalala ... nampaknya bukan kami dua si gaman saja yang salah jadual ^_^ ... walau apa pun kami dua si gaman cukup terharu dengan layanan mesra yang kami terima daripada TYT dan orang-orang astana.  Sekiranya kami tidak datang pada masa ini mungkin kami tidak berpeluang bergambar bersama dengan TYT.  Betul la orang selalu kata, setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.









http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=527018















Pautan | Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak  | Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT |










0 comments: