Aku & Beg Sikut






Aku & Beg Sikut


“PENAMPILAN seseorang wanita tidak akan lengkap tanpa beg tangan dan kasut yang cantik, menarik dan nampak eksklusif. Malah dalam ‘bahasa’ fesyen, baju yang cantik sahaja belum cukup untuk nampak anggun tanpa ada dua aksesori wajib itu.  Boleh dikatakan beg tangan dan kasut menjadi pelengkap kepada gaya dan penampilan seseorang wanita itu.  Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila seseorang wanita memiliki lebih daripada sepasang kasut atau sebuah beg tangan”.









Mmm ... nampaknya saya ni memang dalam senarai wanita yang dimaksudkan tetapi dalam terjemahan bahasa fesyen yang tersendiri ^_^  Jika wanita lain turun bekerja dengan menggayakan beg tangan dan kasut yang cantik ... saya pula turun kerja dengan hanya mengenakan baby-tee dan jeans lusuh dengan menggayakan beg sikut berisi laptop dan alat tulis seberat kira-kira 5kg serta memakai sepasang sandal fesyen kapal titanic ^_^







Saya ni bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang agak ketinggalan dalam perkembangan fesyen, bukan apa ... kerjaya sebagai penulis kurang bebas menyebabkan saya tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa.  Lagi pula, kerjaya ini tidak memerlukan saya untuk tampil bergaya dan nampak cantik ^_^ maklumlah dari Isnin hingga Jumaat ... saya pandang laptop ... laptop pandang saya ...









PautanAku & penulisan | Gempa bumi di pejabat !!! | Aku & Beg Sikut | Tempias bonus hari raya | Yay !!! dapat sambung kontrak kerja | Supernatural punya story | Bila Discourage saya akan ... |
















0 comments: