Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53






Google Pix


Hari ini genap 53 tahun negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya dengan tema “1Malaysia Menjana Transformasi".  Bagaimana pun, tinjauan rambang yang dibuat sepanjang sesi jalan-jalan bazir minyak pagi tadi menyaksikan suasana cuti umum hari ini dimanfaatkan oleh orang ramai untuk membawa keluarga keluar membeli belah.  Keadaan sesak dan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta di semua pusat membeli belah di Kuching hari ini membuatkan kami dua si gaman akhirnya membatalkan sahaja niat untuk singgah shopping.


Bercakap mengenai sambutan kemerdekaan, seperti yang kita semua ketahui walau pun negara telah lama bebas dari belenggu penjajahan tetapi  nampaknya masih terdapat segelintir individu yang mengisi sambutan kemerdekaan dengan cara yang tidak sesuai dengan maksud kemerdekaan itu sendiri.  Secara peribadi, saya melihat minda masyarakat hari ini masih belum merdeka dalam erti kata sebenarnya. 



Tidak bermaksud untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, tetapi yang jelas tingkah laku sesetengah individu ini sedikit sebanyak mencemar sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun.  Harapan agar sambutan Hari Malaysia buat julung kalinya pada 16 September 2010 ini diraikan dengan jiwa dan minda yang merdeka.  SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.










0 comments: