Kucing pun Perlu Pergi Klinik








Muka takut pergi klinik






“Grrrrrrrrrr ... ooo tidak ... cepat lari sembunyikan diri !!!” hahaha ... mungkin itu yang terlintas di fikiran si Putih bila nampak benda ni.  Putih memang pantang nampak benda ni, bila saja si Putih nampak si gaman bawa benda ni keluar terus saja si Putih lari menyembunyikan diri di bawah katil ... pintar betul kucing seekor ni.  Putih tau, kalau sudah keluar kurungan ni dua perkara saja dalam fikiran dia ... sama ada dihantar di nursery atau pergi klinik ... cewah ... cewah ... pandai-pandai pula saya ni meramal apa yang si Putih sedang fikirkan.






Muka minta kesian la ni




Punya la payah si gaman mau tarik si Putih keluar dari bawah katil, tapi kena juga sebab hari ni memang sudah rancang mau bawa Putih pergi klinik.  Sepatutnya hari ini si gaman pergi hantar kereta untuk di service tapi memandangkan si Putih kurang sihat akhir-akhir ini terpaksalah rancangan untuk atur kereta ditunda.  Kesihatan si Putih lagi penting !!! Ha ... Ha ... akhirnya berjaya juga si gaman tarik si Putih keluar dari bawa katil dan masukkan ke dalam kurungan.




Mabuk kereta


Kesian juga pula tengok si Putih dalam kurungan kucing ni, tapi apa boleh buat kena juga kurung sebab si Putih ni bukan pandai duduk diam kalau dalam kereta.  Bila dalam kurungan pula, tahan saja la telinga bila dengar si Putih asyik mengiau-ngiau ... biasalah kalau local cat ni, memang mereka mabuk dan tidak tahan naik kereta ... tengok muka si Putih sudah tercungap-cungap serta meleleh-leleh air liur gara-gara mabuk kereta.  Saya apa lagi ... asyik suruh si Putih sabar saja dulu ^_^ bayangkan kira-kira 30 minit juga masa perjalanan dari rumah ke klinik, jadi sepanjang tempoh itulah si Putih asyik mengiau minta belas kasihan.  Syukur jugalah cuaca kira-kira jam 2.00 petang tadi mendung, jadi stress pun kurang.




Bil ... kos rawatan


Sampai saja di klinik, si Putih terus dapat rawatan segera ... best juga bila tengok haiwan-haiwan peliharaan lain yang mendapat rawatan di klinik ni.  Rasanya layanan serta perkhidmatan kesihatan yang diberikan ke atas haiwan lebih mesra pula berbanding di ... malaslah mau cakap ... faham-faham sendiri la kan ^_^ Semasa di klinik tadi, si Putih diberi makan ubat cacing dan diberi vaksin menerusi suntikan.  Doktor pesan dengan kami dua si gaman supaya jangan mandikan si Putih dalam tempoh seminggu ni sebab takut si Putih demam ... ish ... ish ... ish ... dapat layanan istimewa betul si Putih dan haiwan-haiwan peliharaan yang seumpama dan sewaktu dengannya semasa di klinik tadi.  RM35.00 juga melayang semata-mata untuk rawatan si Putih, tapi duit boleh cari ... si Putih ni antara kucing istimewa selain si Pinai dalam hidup saya.




Tidur dalam perjalanan pulang


Sepanjang perjalanan pulang dari klinik tadi, si Putih tidur pula ... mungkin kesan daripada suntikan ataupun keletihan.  Bayangkan ... sedangkan naik kereta pun si Putih sudah tercungap-cungap mabuk kereta ... macam mana la keadaan si Putih ketika dalam penerbangan dari Sandakan – Kota Kinabalu – Kuching pada tahun 2007 dulu.  Kisah lanjut, nantikan di episod akan datang.






Fuyooo !!! leganya bila sampai rumah












0 comments: